Monday, January 31, 2011

DALIL ZIKIR ALLAH,ALLAH,HU,HU DAN LAIN LAIN ZIKIR,HIZIB


1- Suruhan Allah SWT supaya sentiasa menyebut namaNya seperti dalam FirmanNya (76:25): 

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلاً 
"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." 

2- Tidak menyebut Allah Allah adalah antara tanda kehilangan iman seperti di dalam hadith Sahih Muslim dalam bab "Hilangnya Iman di Akhir Zaman": 

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ 
"Dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut:Allahu Allah". 

3- Rasulullah SAW membaca doa dengan menyebut Allah Allah ketika menghadapi masalah dan mengajarnya kepada para sahabat r.a seperti dalam hadith: 

اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا 
"Allah Allah Tuhanku aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu"
H.R Ahmad, Abu Daud dll. Dinilai sahih oleh Albani dalam Jami' Saghir (No. 348, 2623 & 4728) 

Dalam Faidhu al-Qadir Syarah kepada al-Jami' as-Saghir (1/367): 

(الله الله) وكرره استلذذا بذكره واستحضارا لعظمته وتأكيدا للتوحيد فإنه الاسم الجامع لجميع الصفات الجلالية والجمالية والكمالية 


"(Allah Allah) dan diulang-ulangkannya sebagai menikmati kelazatan mengingatiNya serta menghadirkan keagunganNya dan untuk menguatkan Tauhid kerana ia adalah nama yang menghimpun bagi semua sifat Jalal, Jamal dan Kamal." 


4- Dan hadith-hadith sahih yg Nabi SAW menyebut Allah Allah. 

Sunday, January 30, 2011

UBAT BAGI MENGATASI KEMALASAN BERIBADAH

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-
  • Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara. (1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat; (2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh; (3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan (4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

Monday, January 24, 2011

SYAIR GURUKU,,,SHEIKH ABDUL RAOF AL BAHNJIE AL ALEEY


Makan nasi berlauk kari,

ikan keli masak ciliapi,
jangan benci keluarga Nabi,
nanti api benci membakar diri..

Keluarga Nabi bila dah sahih,
Silsilahi Siti Fatimah dan Baginda Ali,
Hormatilah jangan berkurang kasih,
Agar ilmu dan amal tambah berseri.

Tambahlah pulak keturunan Nabi,
Peribadinya Ulamak, Hadis dihafal,
Lagilah pulak Wara' tak makan dikedai,
Wajib beradab jangan tak tentu fasal.

Aduhai Tuan dan Puan yang bijak,
Dimana akal, dok pertahan perkara ikhtilap,
sampaikan yang diNash Hadis dilanggar pijak,
Beradap dengan Pak Habib yang layak, dikata silap?.

Kalau ya pun habib mungkin silap,
Ya lah, tak maksum melainkan Nabi ,
Tegurlah beradap jangan salah silap,
ni nya tidak , nak diajuk cakap pun, rasanya ngeri....

Kasih kita kekeluarga Nabi,
Tidak pula bererti Syiah,
Semua orang pun tahu perkara ini,
Ahli Sunnah Wal Jamaah pemilik akidah.

Yang bebal suka sangat menuduh,
"Sufi tasawuf adalah Syiah",
Padahal berbeza yang sangat jauh,
Sufi ,Syafie adalah Sunni bukannya Syiah.

Kalau ada orang berhujjah,
Asal Tasawuf dari luar Islam,
Campuran Yahudi, hindu dan falsafah?.
Dalilnya pendapat pengarang kitab fajrul islam dan dhuhal islam?.

Kitab itu siapa yang baca,
jadi pening lalat, pedoman tak jumpa,
boleh ke dipakai , maklumat pendapat saja,
entah dimana , bukti tak ada...

Didalam kitab yang sama juga ,
tak senang dengan hadis , Bukhari dicuriga,
ini bukannya saya tipu , cerita reka,
m.s 2, buku "SALAH FAHAM TERHADAP HADITH" ada cerita.

Atau kita pun bolehlah buka,
Kitab Ahmad Amin tu punyalah reka,
sekitar 20 halaman pendapat yang sama,
dengan "Ignaz Goldziher" yang anti, ragu hadis belaka?..

Tak berhenti setakat tu saja,
Ilmu Tawhid dan taswuf dikata tak suci,
sama seperti perkara yang orang dakwa ,
macamana, kitab Ahmad Amin tu, nak pakai lagi ?..

Biasa seorang Sarjana ilmuan ,
berhempas pulas dapatkan maklumat,
tentulah kenal siapa gerangan,
Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht?.

Pendapat tentang Hadis pun dah salah nyata,
Tentang ilmu Tawhid dan Tasawuf dah tentu dicuriga,
Macam tu lah Fikiran saya,
Sebab saya ni nak memudahkan cerita..

TARIQAT,,,,,PELIK???

Ini suatu musibah yang melanda masyarakat kita pada hari ini,,menganggap amalan tasauf dan tariqat sesat dan pelik,,mungkin dianggap pelik pada zikirnya,atau methodnya,,pelbagai lah,,tapi beringat2 ingat lah ketika nak mengatakan suatu benda itu sesat dan pelik,,selidiklah dulu betul2,,jangan hendak mencari keaiban dan fitnah,,tanya pada ahlinye lah,,(jangan tanya wahabi pulak) hehe,,kan dalam quran ada ayat yang mengatakan yang bermaksud(tanyalah kamu pada org yg ahli) hamba tak ingat kalamnya,,doif sangat,,hamba ni,,,tapi ingat2leh,,amalan tariqat ni dah berzaman dari ulama dahulu beramal dah,,imam ghazali pun iktiraf tariqat tasauf sebaik2 cara pembersihan jiwa,,hah tu hujjatul islam tu ,,hafal beratus ribu hadis,,,pun x bising2 mcm org la ni,,tanya la diri sendiri dulu erk,,jgn terus nak kata macam2,,,cermin diri,muhasabah diri,,ingat2lah jasa ulama terdahulu,,,,wallahuallam,,,,,,.



al-Munqiz -Imam Ghazali mengiktiraf Tasawuf/sufi sebaik2 Cara Pembersihan Jiwa

Selalu kedengaran dikatakan orang (padahal hanya silap memahami kata2 Imam Ghazali dalam al-munqiz dan Iljam ilmi kalam)bahawa Ilmu Kalam/Tawhid telah dimasuki falsafah adalah pendapat Imam ghazali dalam kitab Al Munqiz min al-Dhalal beliau, tapi orang selalu juga lupa bahawa Imam Ghazali didalam al Munqiz juga telah mengiktiraf Ilmu tasawuf/tarikat sufi sebagai cara terbaik dan terbersih untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t... wallahu ala maa naqulu Waakiil ...adapun jika berlaku penyimpangan dari asas-asas agama oleh mereka yang mendakwa sebagai sufi/tarekat?, maka ia merupakan kepincangan dipihak pengamalnya, bukan doktrin asas keilmuan itu sendiri. Jadilah kita umat yang menasihat dan membimbing bukan umat penghukum. Wallahu a'lam.

Sunday, January 23, 2011

PERGINYA MU WAHAI GURU,,,MOGA2 KITA BERJUMPA LAGI,,

PESAN MURSHIDKU,,JAGALAH 3 PERKARA,INSYALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT
1.JAGALAH DIKAU AKAN WHUDUKMU WALAUPUN LUAR DR SOLAT
2.JAGALAH SOLATMU,YAKNI SOLAT FARDHU DAN SUNAT
3.JAGALAH ZIKIRMU(AURAD ALIYAH)
DAN PESANANNYA LAGI MOGA2 TERBUKA HIJAB DAN INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA SEKALIPUN,WALAUPUN SUSAH DAN SENANG,,WAJIBLAH KAMU BERAMAL AURAD ALIYAH,,,,,KU INGAT PESANMU ITU,,MOGA MENJADI HAMBA YANG SOLEH,,KAMI SENTIASA MENGIGATIMU DAN RABITAH TAK KAN KU LUPA,,,,TERUS PADA RASULULLAH DAN ALLAH,,,,,,DAN TAK LUPA PADA SHEIKH ABDUL RAOF,,BYK MENGAJAR DAN MENASIHATI KAMI,,INSYALLAH,,KITA BERJUMPA LAGI,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Thursday, January 13, 2011

KELEBIHAN MENGAJI SECARA TALLAQI,,

 Bertalaqqi adalah jalan mengenal agama.

Guru kami berpesan bahawa sesungguhnya ilmu-ilmu fardhu 'ain tidak boleh sama sekali dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru. Ini kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan dan tokok tambah mengikut kemahuan hawa nafsu dan mungkin juga terdapat kesilapan percetakan. Selain itu mungkin dengan hanya membaca tanpa berguru dapat menyebabkan kefahaman sebenar yang ingin disampaikan oleh Ulama' salaf dan khalaf difahami secara salah oleh pembaca yang tidak berguru. Ini boleh menyebabkan pembaca temasuk dalam golongan-golongan seperti al-mujassimah dan al-musyabbihah.
Oleh itu, guru kami berpesan bahawa sesungguhnya cara mempelajari ilmu yang paling benar dan beradab ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.
Berkata al-hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi: " Tidak diambil ilmu melainkan daripada mulut para 'ulama"

Maka tidak dapat tidak, ilmu-ilmu fardhu 'ain ini mestilah diambil daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan 'ulama tersebut mengambilnya daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan begitulah seterusnya. Wallahu 'alam.INILAH KELEBIHAN TALAQI YG DIAMALKAN DI SELURUH PONDOK DI DUNIA YG MENGIKUT TRADISI PARA ULAMA DAHULU,,SEWAJARNYA IPTA/IPTS MENGIKUTI CONTOH INI,,BUAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT PUN TIADA MENGAPA,,JANGANLAH PULA DICERCA PENGAJIAN TALAQI NI,,,ISH,ISH,ISH,,HORMATLAH ULAMA TRADISIONAL,,TANPA MEREKA,,MERANA KITA,,WALLAHUALLAM,,JAGALAH ADAB DGN YG LEBIH LAMA,,,

Wednesday, January 5, 2011

WALI YANG SOLAT DI ATAS AIR,,,MASYALLAH,,

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

JADUAL DAKWAH DAN ZIARAH HABIB UMAR DI MALAYSIA

Monday, January 3, 2011

Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Ketika Azan




1- Sabda Nabi s.a.w: Barangsiapa mendengar azan lalu mengucup kedua ibu jari tangannya dan dihantarkan kedua ibu jarinya ke atas dua matanya sambil berkata,
مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ اَعْيُنِنَ بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ


2- Dalam hadis riwayat Bukhari yang lain: Bersabda ia, barangsiapa mendengar namaku pada azan dan menghantarkan ia kedua ibu jarinya ke atas dua matanya,lalu membaca doa ini maka akulah yang menuntut akannya pada hari kiamat iaitu
:

يَا بَصِيْرًا بِلاِ حَدَقَةٍ اِحْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْ هُمَا 


3- Atau dibaca seperti riwayat Nabi Khidir a.s:
مَرْحَبًا بِكَ يَا حَبِيْبِيْ وَقُرَّةَ عَيْنِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ

Kesimpulan bagi mengamalkan ketiga-tiga riwayat ini, sunatlah seseorang membaca kesemuanya sekali yakn setelah mengucup dua kuku ibu jarinya, disapu dimatanya sambil membaca:
مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ اَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ
مَرْحَبًا بِكَ يَا حَبِيْبِيْ وَقُرَّةَ عَيْنِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ
يَا بَصِيْرًا بِلاِ حَدَقَةٍ اِحْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْ هُمَا

4- Sunat tarji’ yakni mengulang kalimah syahadah secara perlahan (sir) sebelum membaca dengan kuat. Cara bacaan tarji’ sama sperti bacaan di dalam azan:

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله ِ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Membaca selawat selepas azan:
اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ
اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا حَبِيْبَ اللهِ
اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ - عَلَيْكَ وَعَلَى اَلِكَ وَاَصْحَابِكَ اَجْمَعِيْنَ
اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا مَنْ اَرْسَلَهُ اللهُ تَعَالَى رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ
اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ - يَا اَنْبِيَاءَ اللهِ
قَالَ النَّبِيْ ( ص ) اِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُوْلُ ثُمَّ صَلُّوْا عَلَيَّ

Sabda Nabi s.a.w: Apabila kamu mendengar muazzin, maka sebutlah seumpamanya kemudian berselawatlah kamu ke atasku. (hadis riwayat Muslim).

Sunday, January 2, 2011

KENANGAN BERSAMA USTAZ ABDUL RAOF DAN SHEIKH ALI ,,KU RABITAH PADAMU










INSYALLAH,,KAMI DTG LAGI WAHAI MUALLIM,PEMERGIAN MU DRPD MALAYSIA YA SHEIKH AMATKAMI SEDIH SEKALI,,DTG JAUHNYA KAMI BERSAMA USTAZ ABDUL RAOF AMAT KAMI RINDUI,,WAHAI GURUKU,,,DOAKAN KAMI,,KAMI MEMERLUKAN BIMBINGAN DAN TARBIYAH DRPADA KALIAN BERDUA YA SHEIKH ALEEY ,,DAN SHEIKH ABDUL RAOF,,,,YA ALLAH,,PANJANGKAN DAN SIHATKANLAH TUBUH BADAN GURU KAMI IAITU SHEIKH ALEEY DAN SHEIKH RAOF,,DAN JADIKNLAH KAMI SEPERTI MEREKA TABAH MENCARI REDHAMU,,,,,,,,DOAKAN KAMI YA SHEIKHONI