Sunday, March 27, 2011

HARAM DAN BIDAHNYA COUPLE!!!!!!

Isu yang paling mudah untuk dicari kepada pelajar-pelajar IPT ialah isu bercouple. Ramai pelajar-pelajar IPT yang bercouple mungkin kerana umur dan pemikiran mereka yang menuju ke arah perkahwinan. Tetapi apakah bercouple ini dibolehkan dalam Islam? Bagaimana fenomena pelajar IPT zaman sekarang? Mungkin boleh dikatakan hasil kajian saya di universiti tetapi hanya menggunakan metod observasi sahaja.

Ramai rakan-rakan di pelbagai fakulti yang saya lihat bercouple. Bagaimana keadaan mereka? Ada yang berdua kemana sahaja. Ada yang pergi ke kelas atau kemana pun berdua dengan menaiki motor. Ada yang keluar pada hujung minggu bersama. Tidak kurang juga yang belajar bersama dan juga ramai juga yang bergayut berdua pada malam hari dan SMS di siang hari.

Melalui pembacaan saya, hukum bercouple itu haram. Di sini saya sertakan beberapa petikan yang menyatakan keharaman dan kenapa ianya haram.

Melalui laman web 
www.iluvislam.com:


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.


Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:


“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Untuk membaca artikel penuh, boleh clik di sinihttp://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=801




Mungkin juga petikan cerpen dari lamanwebwww.iluvislam.com ini membuka minda kita tentang pengharamannya.



"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."“Bercinta ke?”Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"Dengan suara yang lembut abang tu jawab:"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."" Zina hati?” Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.


Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya.

Untuk bacaan lanjut sila click http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922

Maka saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua agar sama-sama kita menjauhi zina. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menghasut kita. Moga kita semua sentiasa berada si bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Carilah Cinta Allah, maka Cinta Cinta Manusia akan datang kepada Kita dengan Kita mencintai Allah.

JADI,,BUDAYA COUPLE ADALAH BIDAH DAN HARAM KERANA MENJERUMUS KE LEMBAH ZINA,,APATAH LAGI JIKA KITA YANG BELAJAR AGAMA TAPI BERCOUPLE,,NAUZUBILLAH,,MINTA LINDUNG DARI ALLAH,,,JIKA KITA PELAJARI AGAMA,,CUBA IKUT CONTOH ULAMA DAHULU YANG MENGAJI DGN SEBENR2NYA MENGAJI DAN CINTANYA IA PADA ILMU,,BUKAN SAMBIL NGAJI,,SAMBIL SMS POMPUAN,,HEHE,,TAMBAH2KAT IPT KAMI NI,,,ADA PULAK PUAK 2 YANG KONONYA IKUT QURAN DAN HADIS YANG MENGHALALKAN COUPLE,,ISH2 TAUBATLAH YA,,,,,,,,,

2 comments:

  1. Hi, very good information. I am an educator and I am constantly gathering information, I invite you to visit my blog about philosophy, literature and film. If you want to know, the address is:

    http://alvarogomezcastro.over-blog.es

    Greetings from Santa Marta, Colombia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,Alhamdulillah.setuju dengan blog ini.ana sudah menjadi buntu hidup di ipt ini penuh dengan Maksiat2,ramai golongan yg bercouple,sedangkan belajar agama,tetapi,tidak megamalkan apa yang di pelajari,syariah?Usuluddin?bahasa Arab?Dan lain2..BElajar Hukum Hakam?tau halal haram..tapi adakah mereka buat atau ikut?untuk apakah belajar agama itu?nk dapatkan segulung diploma dan untuk mendapat kerja?begitukah?Masya'Allah..belajarlah agama biarlah niat kerana Allah,dan untuk mendapatkan ilmu2 akhirat..baik perempuan dan lelaki,sama je,pakaian kemain lagi nampak macam baik,belajar agama,tau hukum.tapi couple jugak?pakai tudung labuh tp couple jugak..tak malu ke wahai sahabat2..ana malu sangat.sedih tengok.kita datang belajar,untuk kejafr ilmu agama di sini,bukan memcari pasangan couple.Anda tidak yakinkah dengan janji Allah?Allah dah janjikan kepada manusia.Allah jadikan manusia berpasang pasangan ,tapi kenapa manusia tidak pernah nk fikirkan semua ni..Bila sampai masanya kita akan kahwin juga,cuma cepat atau lambat saja jodoh kita tu.kita tunggu dan berdoa..dah kawen baru lah bercinta..buat masa ini marilah kita kejar ilmu akhirat bekalan2 untuk ke akhirat..dah cukup ke?Allah lihat kita di sini,pasti sedih.melihat hamba NYa.Dengan cara apa lagi kita nak tegah mereka?mereka asyik seronok dgn pasangan mereka.Malulah kita yg belajar agama,mana contoh yg baik kita tunjukkan?mana?macam mana kita nk dakwah org lain kalau diri kita sendiri tak terdakwah?bagaimana pula dgn exco2,mpp?semuanya sama,bercouple2,pergaulan mereka melampaui batas..lama sudah diri ini memendamkan apa yg ku ingin luahkan selama ini.Apa guna ya kita belajar agama,tetapi tidak mahu mengelak daripada perbuatan2 itu semua..Sedih sangat.Hanya Allah yg tahu.semua belajar al Quran kan,pasti tahu.surah Al-
    isra' ayat 32 Janganlah kamu mendekati zina'
    renung2kanlah,takutlah dengan Azab Allah.marilah kita sama2 dekatkan diri dgn Allah agar dapat menjauhkan dan mengelakkan diri kita dari menghampiri zina..

    ReplyDelete