Sunday, February 20, 2011

DALIL ZIKIR JAHAR,,,!JANGAN MUDAH KATA BIDAH,,





Dalil Pertama
Hadith Qudsi riwayat Imam Bukhari dan Muslim: Rasululllah saw bersabda: Allah berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hambaKu kepada Ku, dan Aku bersamanya jika ia ingat (dzikir) akan Ku, jika ia berziir sendirian, Aku akan ingat akan dia sendirian, jika ia berzikir dalam kumpulan maka Aku akan ingat padanya dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.

Berkata Imam Sayuti: Berzikir dalam kumpulan tidak dilakukan melainkan dengan secara kuat, dan Hadith itu membuktikan keharusannya.

Dalil Kedua
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah seterusnya sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Malaikat-malaikat mencari ahli zikir, jika mereka bertemu sekumpulan yang berzikir mengingati Allah mereka akan mengajak yang lain ikut bersama dan mengembangkan sayap mereka ke langit, dan apabila mereka, ahli berzikir bersurai, semua malaikat naik ke langit dan Allah bertanya (dan Dia lebih mengetahui akan hal mereka) Dari mana datangnya kamu? Malaikat menjawab: Kami datang dari sekumpulan hamba2mu di bumi yang bertasbih, bertakbir dan bertahlil. Allah berfirman: Adakah mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Tidak. Allah berfirman: Jikalau mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Akan lebih bersungguh2 pujian dan tasbih mereka....

Maka Allah berfirman: Saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampuni mereka. Berkata seorang Malaikat: Si Fulan bukan dari kalangan mereka dia hanya datang untuk sesuatu hajat, Allah berfirman: Mereka kaum yang tidak merugikan teman mereka.

Hadith ini menujukkan kelebihan:

(a) Duduk berzikir beramai-ramai
(b) Bolehnya Zikir dilakukan secara jahar, jika tidak, maka tidak ada ertinya mereka duduk beramai-ramai dengan berzikir.

Dalil Ketiga
Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Imam Ahmad, Muslim, Turmuzi, An-Nasa'i daripada Muawiyah ra. Rasulullah saw menemui sekumpulan sahabat dan bertanya: Mengapa kamu semua berkumpul? Sahabat menjawab: Kami duduk berzikir mengingati Allah dan bertahmid bersukur atas petunjuk dan Hidayat Islam. Rasulullah saw kemudian bersabda: Apakah benar kamu duduk untuk berzikir sahaja? Sahabat menjawab: Sungguh kami tidak duduk berkumpul melainkan untuk berzikir: Rasulullah saw bersabda: Aku datang bukan untuk menyalahkan kamu, tetapi Jibril datang kepadaku membawa berita yang Allah swt menurunkan malaikat mengelilingi kamu.

Dalil Keempat
Riwayat Imam Ahmad dari Anas ra: Abdullah bin Rawahah apabila bertemu seorang sahabat Rasulullah saw, beliau akan berkata: Mari kita beriman dengan Tuhan kita selama satu jam. Dan suatu hari, seorang lelaki marah mengadu kepada Rasulullah saw. Lihatlah Ibnu Rawahah, dia hanya ingin beriman satu jam sahaja. Nabi bersabda: Allah merahmatinya, dia menyukai Majlis yang dikelilingi Malaikat.

Dalil kelima
Rasulullah saw bersabda: Tidak duduk sesuatu kaum berzikir kecuali dikelilingi malaikat, dan diliputi rahmat, dan diturunkan ketenangan, dan Allah mengingati sesiapa yang berada di dalam Majlis itu.

Berkata Rasulullah saw: Mereka itu adalah kumpulan daripada pecahan kabilah-kabilah, mereka berkumpul sambil berzikir pada Allah dan mereka menyebut dengan sebaik-baik perkataan seperti mereka memilih buah tamar yang baik.

Dalil keenam
Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Abi Saeed Al Khudri ra: Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah zikir kepada Allah sehingga mereka berkata: Sesungguhnya dia gila.

Dalil ketujuh
Riwayat Tabrani: Ibnu Abbas berkata: Sabda Rasulullah saw: Berzikirlah sehingga orang-orang munafiq mengatakan: Mereka menunjuk-nunjuk.

Dalil Kedelapan
Riwayat Baihaqi daripada sebahagian sahabat: Aku berjalan bersama Rasulullah saw pada suatu malam, dan kami lalu dihadapan seorang lelaki di Masjid yang menguatkan suaranya. Maka aku berkata: Dia sedang menunjuk-nunjuk. Nabi menjawab: Tidak, tetapi dia sedang bermunajat kepada Allah.

Dalil Kesembilan
Diriwayatkan daripada Ibnu Jarir dan Thabrani daripada Abdurrahman Bin Sahl: Turun ayat ini kepada Rasulullah saw: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka" (Surah Al-Kahf ayat 28), ketika baginda berada di dalam rumahnya, dan kemudian beliau keluar dan bertemu sekumpulan yang berzkir dan langsung duduk bersama mereka dan bersabda: "Syukur kepada Allah yang menjadikan aku bersama mereka"

Dalil Kesepuluh
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim bahawa ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya meninggikan suara ketika berzikir dalam berkumpulan dicatatkan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah saw.

Dalil Kesebelas
Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Sohih Muslim: Digalakkan tinngi suara waktu berzikir dan Ibnu Hazam gemar melakukannya.

Dalil Keduabelas
Riwayat Imam Hakim daripada Umar: Rasulullah bersabda: Sesiapa yang memasuki ke dalam Majlis keramaian dan berucap, "Tiada Tuhan selain Alah, untuknya kerajaan ini dan segala pujian, menghidupkan dan mematikan, dan kebaikan di bawah kuasanya, dan Allah berkuasa melakukan ke atas setiap sesuatu". Allah akan menuliskan padanya ribuan pahala kebaikan.

Dalil Ketigabelas
Hadith daripada Umar yang disebut Imam Bukhari dalam kitabnya: bahawasanya Umar pernah bertakbir di dalam kubah di Mina, dan didengari orang-orang di Masid dan mereka mengikutinya, dan orang ramai bertakbir sehingga bergegar Mina.

Dalil Keempatbelas
Berkata Syeikh Abdul Haww Addahlawi: Berzikir dan bertilawah dengan lantang, dan berkumpul di dalam Majlis dan Masjid disyariatkan.

Dalil Kelimabelas
Dan telah thabit Rasulullah saw berzikir dan berdoa dengan suara yang kuat dalam banyak peristiwa. Di dalam Shohih ukhari tertulis: Apabila Sahabat sibuk mengorek lubang (jurang) dan mereka berasa lapar. Rasulullah saw melihat keadaan mereka dan bersabda: Ya Alah, tiada kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, maka ampunilah orang-orang Ansar dan Muhajirrin.

Dalil Keenambelas
Riwayat Abu Na'im di dalam kita (Hiyatil Auliya') daripada Ibnu Jabir berkata: Abu Muslim Al-Khaulani banyak menguatkan suara ketika bertakbir walaupun dengan kanak-kanak, beliau berkata: Berzikirlah sehingga orang Jahil mengatakan kamu semua dari kalangan orang gila.

Beberapa perkara yang disyariatkan secara Jahar
Disunnatkan bacaan kuat:

(a) Pada dua rakaat pertama pada Sholat Subuh, Maghrib dan Isya', walaupun seorang diri.
(b) Di sunnatkan membaca talbiah dengan kuat setelah menjatuhkan niat Haji atau Umrah.
(c) Disunnatkan bacaan azan dengan kuat

Kesimpulannya
Zikir Jahar itu bukanlah satu bid'ah dan bukanlah bermakna Allah swt tidak mendengar. Tetapi ia lebih kepada manfaat orang yang berzikir.
Antaranya:

a) Memahat hati dengan zikrullah tersebut, apabila diulangi berkali-kali.
b) Hati itu lebih keras dengan dosa sebagaimana Firman Allah Surah Al Baqarah - ayat 74
Ertinya: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar air mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Maka yang keras itu tak dapat dipecahkan, melainkan dengan pukulan yang kuat.

1) Zikir Jahar menghilangkan ngantuk dan kelalaian
2) Zikir Jahar mendatangkan kesegaran dan semangat
3) Zikir Jahar sangat baik untuk murid-murid permulaan dalan jalan menuju Allah.

Demikianlah kata-kata Ulama' Tasawuf/TarIQAT DIPETIK DARI USTAZ TENGKU MUHD FAUZI

(ADA DALILNYA ZIKIR JAHAR,,JANGAN MUDAH2 KATA ZIKIR  JAHAR ITU GANGU SOLAT DAN LAIN2,,TAPI KALAU HATI DAH NAK MENYEBELAHI PAK WAHAB KONONNYA IKUT QURAN DAN HADIS SEBETULNYA,,APA BOLEH BUAT,,SYURGA YANG BESAR UNTUK MEREKA SAHAJA LA KOT,,ISH2 HORMATILAH ORANG YANG NAK ZIKIR KUAT,,NAK DIDIK NAFSU TU,,BESAR PERJUANGANNYA,,,ORANG BERZIKIR PULAK NAK DIKATAKAN BIDAH2,ORANG YANG TAK BERZIKIR ,,BAHKAN MEROKOK,MENGUMPAT,,TAK PE LA PULAK,,HEHE,,MUHASABAH DIRI,,,,,,,

TAHNIAH,,MPP DI BAWAH PIMPINAN JIWA ULAMA TRADISIONAL





 TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN ANTUMA UTK MENJADIDI PEMIMPIN MPP MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNTUK KALI INI,,HARAP2 DAPAT MEMIMPIN DGN ADIL DAN TEGAS DGN HUKUM AGAMA,,KALAU BOLEH BANYAKKAN BUAT PROGRAM BERSAMA ULAMA,,,JEMPUTLAH SHEIKH RAOF DTG KOLEJ YA,,,,,HEHEHE,,,,TERUSKAN PERJUANGANMU,,ALLAHUAKHBAR

Monday, February 14, 2011

SALAM DAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL,,MOGA2 DIBERKATI DAN DISYAFAATKAN KITA DI AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ,,AMBILLAH PELUANG DI BULAN DAN HARI DAN MULIA DENGAN BANYAKKAN SOLAWAT,,BERZIKIR,,BERQASIDAH,BERZANJI SERTA LAIN2 AGAR DIRI KITA SENTIASA DI BAWAH RAHMAT ALLAH DAN MENDAPAT SYAFAAT RSULNYA NABI MUHAMMAD S.A.W,,YA RASULULLAH,,YA HABIBALLAH,,,,,,SYAFAATKANLAH KAMI DI AKHIRAT NANTI,,,,,KAMI AMAT MERINDUI DAN MENCINTAIMU WAHAI NABIYULLAH,,,,,,,,,,,,

Sunday, February 13, 2011

PERJUANGAN DAN PENTADBIRAN AHLI SUFI/TARIQAT






AHLI Sufi dan pandangan mereka terhadap masalah pentadbiran adalah berlainan sama sekali dengan pandangan lain. Pendekatan ahli sufi tentang soal pentadbiran bermula dari soal menladbir diri sehingga membawa kepada persoalan mentadbir alam sejagat ini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Pemahaman dan pendekatan yang cuba diketengahkan oleh para ahli sufi ialah melalui pendekatan Al Quran dan As Sunnah. Perjuangan yang dilagangkan oleh ahli sufi ialah metode Rasulullah S.A.W. Dalam usaha mereka untuk menzahirkan ajaran Al Quran dan As Sunnah seperlimana yang dijelaskan oleh hadis At Taifah, mereka itu menjejaki semula lorong-lorong perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Pemimpin Agung itu.

Walaupun mereka mungkin dipisahkan oleh batasan masa, suasana ataupun negara, namun corak pemikiran ahli sufi yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W tetap sama dan bagi siapa yang mendekati sejarah Islam akan dapat melihat keseragaman sejak daripada abad pertama Islam hinggalah kini.

Di dalam Al Quran, Allah SWT telah menegakkan bahawa dunia ini hendak diwariskan kepada orang-orang yang soleh. Orang-orang yang beriman akan diserahkan pemerintahan sepertimana Allah pernah menyerahkannya kepada orang-orang mukmin daripada umat Rasul-rasul yang terdahulu. Pentadbiran alam ini dan segala isinya, Allah SWT janjikan untuk orang-orang soleh bukannya untuk orang selain daripada mereka. Sekiranya alam ini ditadbir oleh orang kafir, ini menandakan sesuatu fenomena yang bercanggah dengan Sunnah Allah, maka akibatnya akan lahirlah kerosakan dan kebinasaan di atas muka bumi akibat tindakan manusia yang tidak layak mentadbirnya.

Ketika Rasulullah S.A.W mentadbir Madinah, kesemua penduduknya hidup dalam aman dan sentosa, baik yang muslim mahupun yang bukan Islam. Malah pentadbiran yang diatur oleh Rasulullah sanggup memberi perlindungan bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada selain mereka. Pernah Rasulullah S.A.W menegur seorang daripada sahabat yang memetik sehelai daun hijau dengan sabdanya, "Mengapa kamu membinasakan makhluk yang berzikir kepada Allah?" Bukan sahaja manusia yang aman daripada dizalimi malah daunpun dapat menikmati hak tersebut.

Pada zaman para sahabat, pernah Sayidina Umar r.a menarik balik arahannya setelah ditegur oleh seorang wanita tua. Malah beliau masih boleh bersyukur apabila seorang sahabat mengatakan bahawa jika Umar tidak berlaku adil maka pedangnya akan membetulkan Umar.

Begitu juga halnya dengan Sayidina Ali k.w. Walaupun beliau merupakan Khalifah, namun beliau telap mematuhi arahan Qadhi yang dilantiknya agar beliau menyerahkan baju besi beliau kepada seorang Yahudi, setelah tidak dapat mendatangkan buktinya; bahawa baju besi kepunyaan beliau. Tindakannya ini menyebabkan Yahudi itu memeluk Islam!

Begitu murni sekali sikap orang-orang yang berjiwa sufi bila mereka berada di atas tampuk pemerintahan. Mereka yang menjadi pentadbir di tahap yang paling atas sekali, sanggup menerima teguran dan arahan walaupun teguran dan arahan itu datang daripada rakyatnya sendiri. Ini antara perkara yang sukar didapati pada masa kini.

Dalam soal mentadbir soal-soal ekonomi, mereka yang berjiwa sufi seperti Sayidina Abdul Rahman bin Auf telah berjaya melunaskan hutang-hutang saudara seagamanya di kedai-kedai tanpa si berhutang itu mengetahui siapa yang melunaskannya, ataupun seperti Imam Abu Hanifah yang membelanjakan keuntungan perniagaannya untuk membeli barang-barang keperluaan dan pakaian untuk para ulamak lain dan juga untuk anak-anak muridnya.

Ahli-ahli sufi berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah, yakni hukum-hakam yang Allah telah tetapkan. Namun maksud mereka daripada penegakan hukum-hakam itu berbeza dengan golongan lain yang mendakwa mereka juga memperjuangkan Kalimatullah. Para ahli sufi, berjuang untuk menzahirkan Islam itu untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Mereka ingin meletakkan hukum-hakam Islam di segenap tempat dan keadaan, agar dengan pengamalan hukum hakam Islam tu, ianya membawa rahmah. Mereka berjuang atas rasa cinta pada Allah Taala dan mereka bimbang sekiranya hukum hakam Allah dicuaikan di dalam perlaksanaan kerja yang maka natijiah darinya ialah azab di dunia dan di akhirat.

Mereka, ahli sufi berjuang untuk mentadbir ekonomi secara Islam bukan semata-mata atas dorongan mahu keuntungan, tetapi mereka ini ingin membebaskan manusia daripada belenggu riba yang merupakan suatu dosa. Mereka ingin menegakkan sistem "muamalah" Islam agar dengan itu cara perdagangan dan perekonomian akan bebas daripada riba dan mencetuskan suatu sistem yang membawa rahmat.

Mereka, ahli sufi berjuang untuk meletakkan hukum-hakam di dalam soal kenegaraan, bukan kerana mereka ingin berkuasa, ataupun kerana benci kepada orang yang meneraju negara. Tetapi mereka ingin meletakkan hukum-hakam Islam di dalam pentadbiran negara agar rakyat kesemuanya dapat hidup di dalam suatu sistem pemerintahan yang adil lagi saksama dan seterusnya selamat daripada azab api neraka. 

Mereka, ahli Sufi bertempur di medan peperangan bukan kerana bencikan orang kafir, tetapi membenci kekufuran yang memenuhi jiwa mereka. Perjuangan mereka bertolak daripada rasa cinta kepada sesama makhluk. Pedang yang mereka hunuskan bukan dibangkitkan oieh rasa benci, marah atau dendam tetapi atas dasar memperjuangkan hukum Allah. Oleh kerana itulah, pemilik jiwa Sufi masih boleh mempertahankan akhlak Islamiah ketika peperangan sedang berkecemuk. Hal ini terbukti ketika masa Sayidina Ali k.w memberhentikan hayunan pedangnya ke arah musuh, setelah mukanya diludahi, kerana bimbang tetakannya itu ialah kerana marah akibat diludah, bukan kerana Allah. Akhirnya musuhnya itu memeluk Islam dan syahid pula ketika bertempur di barisan Islam! Ini suatu perkara yang anih, yang sukar ditemui pada akhir zaman ini. 

Suatu kelainan dalam corak pentadbiran ahlf sufi ialah tentang wujudnya bantuan kerohanian samada dari segi ma'unah, firasat, karamah ataupun mukasyarah. Merekalah sebenarnya yang berjalan di bawan naungan Al Quran. Tindak-tanduk mereka adalah mendapat bimbingan Ilahi. Berbekalkan mukasyafah, ahli sufi depat membaca pergerakan hati setiap orang yang dihadapinya. Setiap tipu helah orang kafir terpampang jelas di hadapan mereka. Penyakit yang wujud di dalam dada manusia dapat mereka fahami dan atasi.

Berbekalkan ilmu, mereka dapat meruntuhkan segunung mazmumah, dan menggantikannya dengan selembah aliran mahmudah. Mereka dapat mencairkan kedegilan yang membatu, memadamkan kedengkian yang membara secara penuh kasih sayang dan berhikmah.

Ketika pemimpin lahiriah bersusah-payah memerahkan otak untuk mendapatkan idea, ahli sufi berpeluang mengemukakan idea mereka. Ini menjadikan pandangan mereka kekal buat manfaat semua seperti Mazhab Maliki, Hanafi, Syafie don Hambali yang masih dianuti. Kitab Ihya' Ulumiddin teuns membawa kesedaran kepada manusia, di setiap masa dan ketika. Bila dunia ini ditadbir oleh ahli sufi, maka rahmat Islam itu akan depat dirasai oieh semua.

Mereka berjuang dalam setiap keadaan dan setiap tempat. Mereka berjuang ketka senang dan juga di kala susah. Mereka berjuang tanpa mengira orang puji atau orang keji. Mereka berjuang walaupun diberi gaji atau tidak. Mereka berjuang kerana Tuhan bukan kerana selainNya. Dengan didikan sufi sahajalah, akan depat dibangunkan kembali Syariatul Muhammadiah.

Saturday, February 12, 2011

SELAMAT BERANGKAT KE SYRIA DAN TURKI,JANGAN LUPA DOAKAN KAMI YA MASHEIKH,,,

SEMOGA PERJALAN USTAZ DAN ROMBONGAN SELAMAT HENDAKNYA,,BILA SAMPAI DI SANA,,SAMPAIKAN SALAM KAMI PADA WALI2 ALLAH DAN DOAKAN KAMI AGAR ISTIQAMAH DALAM AMALAN,ILMU DAN IBADAT,,BUAT TUAN GURU SHEIKH ABDUL RAOF YANG DISANYANGI,,SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA,,,,,,,,,,,,,,,SYRIA DAN TURKI MENANTI KALIAN,,AMIN,,REHLATUN SAYYIDAH,,,

Thursday, February 10, 2011

BIDAH YANG SESAT(BAHRUS SOFA)


Beramal secara lazim dengan salah satu mazhab yang empat telah menjadi amalan dan pegangan majoriti umat Islam sejak pembukuan dan pembentukan mazhab-mazhab tersebut dahulu lagi. Ianya bukan sahaja menjadi amalan kalangan awam umat Islam tetapi juga amalan dan pegangan pemuka dan ulama mereka. Adalah sesuatu yang pelik, jika setelah 1000 tahun, lebih kurang, maka timbul golongan yang mengharamkan kita berpegang dengan mazhab sedangkan kita masih tergolong dalam kategori orang awam. Insya-Allah, kita akan cuba membawa nukilan daripada para ulama kita yang kepercayaan berhubung masalah berpegang dengan mazhab ini. Kali ini kita lihat sedikit pandangan tuan guru yang amat `alim, pengasas pondok pengajian yang terbilang, wali Allah yang mustajab doanya, Syaikh 'Utsman Jalaluddin Penanti, pengasas Pondok Penanti @ Madrasah Manaabi`ul 'Uluum wa Mathaali`un Nujuum. Maka berkatalah tuan guru rahimahUllah dalam karangannya "Mathaali`ul Anwaar wa Majaami`ul Azhaar" juzuk pertama halaman 60 seperti berikut:-
"Bermula segala Imam yang empat itu, mereka itulah segala Imam bagi jumhur ulama yang dibangsakan kepada Islam, yang ialah yang telah dimasyhurkan segala mazhab mereka itu dan telah dihimpunkan dia dan telah dikekal akan dia hingga akhir zaman.

Adapun yang lain daripada mereka, maka hampir lebih daripada 100 daripada imam-imam yang mujtahid yang mutlak, akan tetapi tiada harus bagi kita bahawa mentaqlid akan mereka itu kerana segala mazhab mereka itu tiada dihimpunkan dia dan tiada ada pula orang-orang yang menolong akan dia daripada segala sahabat-sahabat bagi mereka itu. Maka menjadi matilah oleh segala mazhab mereka itu.

....... dan sanya lagi akan datang bahawasanya telah ijma` ulama daripada empat mazhab atas bahawa orang-orang yang keluar daripada mazhab yang empat ialah bid`ah yang sesatwal `iyaadzubillahi min dzalik. Dan lagi akan datang kami hendak menyebut akan dalil-dalil dan akan qarinah-qarinah di atas benar dan betul bagi mazhab yang empat itu dan dalil - dalil bagi ketiadaan harus bagi kita keluar daripada mazhab yang empat itu pada masa kita ini kerana terputus mujtahid yang mutlak kemudian daripada 400 (tahun) daripada hijrah...."
Sudah tentu apa yang dinyatakan oleh Syaikh 'Utsman adalah bagi orang awam setelah pembukuan mazhab yang empat tersebut. Manakala bagi orang yang telah mencapai darjat ijtihad, maka hendaklah mereka beramal dengan ijtihad mereka. Jadi janganlah suka membid`ahkan pengikut mana-mana mazhab yang empat dan jangan pula suka menjadi pengamal mazhab yang kelima, iaitu mazhab caca merba, mazhab campur-campur atas nama tarjih atau sebagainya, tanpa alasan dan sebab yang munasabah, tanpa menjaga dan mempedulikan syarat - masyruth, usul dan kaedah yang digunapakai dalam mazhab-mazhab tersebut.

Wednesday, February 9, 2011

JANGAN MUDAH TUDUH KAUM SUFI,TAREQAT SESAT ,,,BACALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA

Diantara tuduhan yang dilontarkan kepada kaum Sufi, bahawa dalam tasawuf, seorang Sufi itu tidak mau syurga dan tidak takut neraka. Padahal Rasulullah pernah berharap syurga dan dihindarkan dari neraka. Rasulullah masih demikian, kenapa kaum Sufi enggan dengan syurga dan tidak takut neraka?

Tuduhan dan pertanyaan berikutnya seputar syurga dan neraka, bahawa kaum Sufi dalam tujuannya untuk beribadah hanya kepada Allah, tidak menuju syurga dan tidak menghindar dari neraka, dianggap sebagai akidah yang salah. Padahal dalam ayat Al-Qur’an disebutkan, “Makan dan minumlah (di syurga) dengan nikmat yang disebabkan oleh amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang lampau….” (al-Haaqqah, 24) . Jadi kaum Sufi pandangannya bertentangan dengan ayat tersebut.
JAWAPAN



Dalam Al-Qur’an dan Hadits soal syurga dan neraka disebut berkali-kali dalam berbagai ayat dan surah. Tentu saja, sebagai janji dan peringatan Allah swt. Namun memahami ayat tersebut atau pun hadits Nabi saw, harus dilihat dari berbagai sudut pandang, tidak sekadar ayat atau teks hadits saja.
Contoh soal rasa takut. Dalam Al-Qur’an disebut beberapa kali bentuk takut itu. Ada yang menggunakan kata Taqwa, ada yang menggunakan kata Khauf dan ada pula Khasyyah, dan berbagai bentuk kata yang ditampilkan Allah Ta’ala yang memiliki hubungan erat dengan bentuk takut itu sendiri, sesuai dengan kapasitas hamba dengan Allah Ta’ala. Makna takut dengan penyebutan yang berbeza-beza itu pasti memiliki dimensi yang berbeza pula, khususnya dalam responsi psikhologi keimanan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lainnya, berkaitan dengan getaran dan darjat keimanan seseorang.

Begitu juga kata Jannah dan Naar, syurga dan neraka. Penekanan-penekanan kata Naar dalam Al-Qur’an juga memiliki struktur hubungan yang berbeza. Naar disebutkan untuk orang kafir, memiliki tekanan berbeza dengan orang munafik, orang fasik, dan orang beriman yang ahli maksiat. Itu bererti berhubungan dengan kata Naar, yang disandarkan pada macam-macam ruang neraka: Ada Neraka Jahim, Neraka Jahanam, Neraka Sa’ir, Neraka Saqar, Neraka Abadi, dan penyebutan kata Naar yang tidak disandarkan pada sifat neraka tertentu.

Jika Naar kita maknakan secara umum, justeru menjadi zalim, kerana faktanya tidak demikian. Hal yang sama jika para Sufi memahami Naar dari segi hakikatnya neraka, juga tidak boleh disalahkan. Apalagi jika seseorang memahami neraka itu sebagai api yang berkobar.

Kalimat Naar tanpa disandari oleh Azab, juga berbeza dengan Neraka yang ansickh belaka. Misalnya kalimat dalam ayat di surah Al-Baqarah, “Wattaqun Naar al-llaty waquduhannaasu wal-Hijarah” dengan ayat yang sering kita baca, “Waqinaa ‘adzaban-Naar,” memiliki dimensi berbeza. Ayat pertama, menunjukkan betapa pada umumnya manusia, kerana didahului dengan panggilan Ilahi ”Wahai manusia”. Maka Allah langsung membuat ancaman serius dengan menyebutkan kata Naar. Tetapi pada doa seorang beriman, “Lindungi kami dari siksa neraka,” maknanya sangat berbeza. Kerana yang terakhir ini berhubungan dengan kelayakan keimanan hamba kepada Allah, bahawa yang ditakuti adalah Azabnya neraka, bukan apinya. Sebab api tanpa azab, jelas tidak panas, seperti api yang membakar Ibrahim as.

Oleh sebab itu, jika seorang Sufi menegaskan keikhlasan ubudiyahnya hanya kepada Allah, memang demikian perintah dan kehendak Allah. Bahawa seorang mukmin menyembah Allah dengan harapan syurga dan ingin dijauhkan neraka, dengan perpekstifnya sendiri, tentu kelayakan keikhlasannya di bawah yang pertama. Dalam berbagai ayat mengenai Ikhlas, sebagai Roh amal, disebutkan agar kita hanya menyembah Lillahi Ta’ala. Tetapi kalau punya harapan lain selain Allah termasuk di sana harapan syurga dan neraka, sebagai bentuk kenikmatan fizik dan siksa fizik, itu juga diterima oleh Allah. Namun, kelayakannya adalah bentuk responsi mukmin pada syurga dan neraka paling rendah.

Semua mengenal bagaimana Allah membangun contoh dan perumpamaan, baik untuk menjelaskan dirinya, syurga mahupun neraka. Kaum Sufi memilih perumpamaan paling hakiki, kerana perumpamaan neraka yang paling rendah sudah dilampauinya. Sebagaimana kualiti moral seorang pekerja di tempat kerja juga berbeza-beza, walau pun teknik dan cara kerjanya sama.

Orang yang bekerja hanya mencari wang dan untung, tidak boleh mencaci dan mengecam orang yang bekerja dengan mencintai pekerjaan dan mencintai ketuanya tersebut. Walau pun cara bekerjanya sama, namun kualiti moral dan jadual kerjanya yang berbeza. Bagi seorang ketua yang bijaksana, pasti ia lebih mencintai pekerja yang didasari oleh motivasi cinta yang luhur pada pekerjaan, perusahaan dan mencintai dirinya, dibandingkan dengan para pekerja yang hanya mencari untung belaka, sehingga mereka bekerja tanpa roh dan spirit yang luhur.

Kerana itu syurga pun demikian. Persepsi syurga bagi kaum Sufi memiliki kelayakan rohani dan spiritual yang berbeza dengan persepsi syurga kaum awam biasa. Hal yang sama persepsi mengenai bidadari. Bagi kaum Sufi bidadari yang digambarkan oleh Al-Qur’an dan Sunnah, adalah Tajalli (penampakan) sifat-sfat dan Asma Kemahaindahan Ilahi, yang tentu saja berbeza dengan kaum awam yang dipersepsi sebagai kenikmatan biologi seksual haiwan.

Syurga bagi kaum Sufi adalah Ma’rifatullah dengan darjat kema’rifatan yang berbeza-beza. Kerana nikmat tertinggi di syurga adalah Ma’rifat Dzatullah. Jadi kalimat Rabi’ah Adawiyah tentang ibadah tanpa keinginan syurga adalah syurga fizik dengan kenikmatan fizik yang selama ini kita persepsikan. Dan hal demikian memang boleh menjadi penghalang (hijab) antara hamba dengan Allah dalam proses kema’rifatan.

Bahkan Allah pun membagi-bagi syurga dengan simbol berbeza-beza, ada Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatun Na’im, Jannatul Firdaus, yang tentu saja menunjukkan kelayakan yang bersifat lahiriyah mahupun bathiniyah. Bagi orang beriman yang masih bergelimang dengan nafsunya, maka persepsi tentang nikmat syurga, adalah pantulan nafsu haiwaninya dan syahwatnya, lalu persepsi kesenangan duniawi ingin dikorelasikan dengan rasa nikmat syurgawi yang ideal dengan syahwatiyah.

Rabi’ah Adawiyah dan para Sufi lainnya ingin membersihkan jiwa dan hatinya dari segala bentuk dan motivasi selain Allah yang boleh menghambat perjalanan menuju kepada Allah. Dengan bahasa seni yang indah dan tajam, mereka hanya menginginkan Allah, bukan menginginkan makhluk Allah. Amaliyah di dunia sebagi visa syurga hanyalah untuk menentukan kelayakan syurgawnya, bukan sebagai kunci masuk syurganya. Kerana hanya Fadhal dan RahmatNya saja yang menyebabkan kita masuk syurga. “kerana Fadhal dan Rahmat itulah kamu sekalian bergembira…” Demikian dalam Al-Qur’an. Bukan gembira kerana syurgaNya.

Syurga dan neraka adalah makhluk Allah. Apakah seseorang boleh wushul (sampai kepada) Allah, manakala perjalanannya dari makhluk menuju makhluk? Apakah itu tidak lebih dari sapi atau khimar yang menjalankan roda gilingan, yang berputar-putar terus menerus tanpa tujuan?
Nah anda boleh merenungkan sendiri, betapa tundingan-tundingan mereka yang anti tasawuf soal persepsi syurga dan neraka ini, boleh terbantahkan dengan sendirinya, tanpa harus berdebat lebih panjang.

Hanya mereka yang tolol dan bodoh saja, jika ada ucapan seperti ini dikecam habis, “Tuhanku, hanya engkau tujuanku, dan hanya ridloMulah yang kucari. Limpahkan Cinta dan Ma’rifatMu kepadaku…” Ucapan yang menjadi munajat para Sufi. Lalu mereka mengecam ucapan ini, sebagai bentuk anti syurga dan tak takut neraka?

Monday, February 7, 2011

PESANAN DARI MURABBI,,,,,,,,


PESANAN BERHARGA,,INSYALLAH,,KU AMAL DAN PEGANGKAN WAHAI GURU KAMI YANG DICINTAI,,,,DOAKAN KAMI WAHAI SHEIKH,,,,KAMI AMAT KEKURANGAN DAN  DHOIF,,BANTULAH KAMI DALAM JALAN MENUJU REDHA ALLAH S.W.T,,,AMIN,,,,,,

BERZIKIRLAH WAHAI SAUDARA,,KUATKAN HATIMU DENGAN ZIKRULLAH,,,,,,


Pernah datang seorang hamba Allah menziarahi seorang wali.  Wali bererti seorang yang mempunyai “kehidupan yang bernyawa.”  Seseorang itu tidak mungkin menjadi wali melainkan dia mencapai kehidupan yang penuh dengan cahaya.  Sekiranya hati seseorang itu “mati,” maka dia tidak boleh menjadi wali, kerana di dalam hati yang tidak bermaya tidak adanya zikirullah.  Hati memperolehi hayatnya daripada zikirullah, zikirullah tersebutlah yang membuat hati itu menyebut “Allah.”  Hati tersebut sentiasa hidup.  Apabila hati itu telah disesuaikan untuk berzikir, mustahil baginya untuk berhenti.  Hati tersebut berfungsi untuk menyebut “Allah” dan penjelmaannya melalui terikan “Allah.”  Getaran nada “Allah” di dalam hati akan menyalurkan darah ke setiap urat dan rekah.  Oleh demikian, sesiapa hatinya berzikir dengan kalimat “Allah,” seluruh badannya berfungsi menyembut “Allah … Allah … Allah.”  Apabila dia meninggal dan jasadnya di semadikan di dalam kubur, tiada perubahan akan berlaku kepadanya.  Hatinya terus akan berzikir dengan kalimat “Allah … Allah … Allah” sehinggalah ke hari Qiamat.  Dan apabila jasadnya di perintah untuk bangun semula, dia akan bangun sambil berzikir “Allah … Allah … Allah.”  Nur zikirullah akan memancar dari setiap pelusuk badan dan rambutnya.  Dia akan kelihatan seperti cahaya matahari, bulan dan bintang di Padang Masyar.




Apa yang telah kalian lakukan untuk kehidupanmu? Apa yang kalian tunggu lagi? O mukmin!  O orang Islam!  masa berlalu dan dunia ini sedang meninggalkan kita dan akhirat sedang menunggu.  Dari masa kita dilahirkan, kita sebenarnya meninggalkan dunia dan bergerak menuju ke akhirat – hari yang dinanti-nantikan itu pasti akan datang.  Kita harus lihat apakah zikir yang ada di dalam hati kita.  Adalah sangat penting untuk kita mengingati Allah, kerana Dia telah berfirman, “ O hambaKu, ingatkan Aku; apabila kamu mengingatiKu, Aku mengingati mu.  O hambuKu, berzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan membawa zikirmu ke Kehadiran Ilahi.”
Kita perlu berzikir dan bersama-sama dengan ahli zakirin.  Kepinginan kita haruslah untuk hidup sebagai seorang zakirin.  Asyikan dengan berzikir dan perkenalkan diri sebagai zakirin.  Hiduplah di dalam zat zikirullah.  Kekuatan dan kuasa kita bukannya datang daripada makanan dan minuman,  Kekuatan seperti itu adalah untuk tahap haiwan.  Manusia mesti mengambil kuasa dan tenaga daripada zikirullah.  Kita boleh memperolehi kekuatan dan tenaga untuk jasmani kita daripada makanan dan minuman, tetapi manusia sebagai bakal untuk menjadi khalifah Allah perlu mengambil tenaga dan kuasa daripada zikirullah.
Kehausan dan kelaparan kita haruslah zikirullah.  Apabila hati kita telah dialehkan hanya untuk Allah, maka Allah akan menganugerahkan kita dengan keyakinan, keamanan dan kegembiraan.  Kehidupan kita akan menjadi seronok dan kematian kita juga akan menyeronokan.  Pada hari terakhir itu kelak, kita akan bersama-sama orang yang gembira, mulia dan bercahaya.  Amalkanlah zikirullah sehingga akhir hayat.



Cukuplah dahulu buat kali ini.  Kita telah melayani selera kita dengan makanan yang lazat, dan kita telah mengisikan keperluan roh kita.  Moga-moga Allah menganugerahkan kepada kita pemahaman yang betul dan sentiasa berzikir dan juga memberi rasa sebenarnya zat Zikirullah.
Rasa zikirullah – kalian tidak akan dapat mencarinya melalui rasa kebendaan.  Rasa kebendaan akan menurun, setiap kali akan menjadi kurang.  Tetapi rasa kerohanian sentiasa akan meningkat menjadi lebih lazat.  Oleh demikian, para anbiya dan awliya telah merasa kelazatan zikirullah dan ini membuat mereka dahaga untuk pergi ke Kehadiran Ilahi.  Orang biasa takut kepada kematian.  Mereka takut kepada para anbiya dan awliya yang sedang berlumba untuk menuju ke Kehadiran Ilahi.  Moga-moga Allah mengampuni kita.
Astagfirullah, Alhamdulillah, Syukurlillah.




Sunday, February 6, 2011

PENTINGNYA BERTALLAQI!!!!KU PETIK DARI PONDOK TAMPIN

Berkata Abu Hayyan alAndalusy:
يظن الغمر أن الكتب تهدى * أخا جهل لادراك العلوم وما يدرى الجهول بأن فيها * غوامض حيرت عقل الفهيم اذا رمت العلوم بغير شيخ * ضللت عن الصراط المستقيم  وتلتبس الأمور عليك حتى * تصير أضل من توما الحكيم 
Menyangkalah orang yang tak berpengalaman akan             bahawa kitab-kitab/buku-buku (semata-mata) boleh menunjuki sijahil bagi mendapatkan ilmu-ilmu.              padahal tidaklah mengetahui oleh sijahil bahawa Sesungguhnya didalamnya (kitab-kitab/buku-buku)terdapat         perkara yang rumit,menghairankan aqal ahli kefahaman.
Apabila engkau capai ilmu tanpa berguru,                        sesatlah engkau dari jalan yang lurus.
dan samarlah segala perkara atasmu sehingga,jadilah                    engkau keciciran dari anting2 si-bijaksana
(itulah,pentingnya kita betallaqi ilmu terutamanya ilmu agama untuk mendapat kefahaman yang betul sepeti yang dilakukan di pondok-pondok,caranya amat beradab dan berkat ilmu itu,,janganlah pulak nak kata ngaji kat pondok tak dapat habuan,,,kerana amalan ulama terdahulu jauh lagi hebatdrpd sekarang,,dgn waraknya,,zuhudnya,tak makan di kedai ikhlas tanpa dibayar gaji,,muhasabah diri tu,,yang muda hormatlah yang tua,,kana dab tu,,dr mana dtgnya kemodenan,,drmana datangnya ilmu,,,dari golongan tua,,ulama dahulu,,yang menghabiskan jiwa dan raga untuk agama allah,,beza kita pada hari ini,,belajar pun masih ada nafs ammarabi suu,,nakan duit dan sijil,,,,bukan nakkkan ilmu untuk diamalkan,,,hamba  teringat kata saidina umar al khattab r.a yang mafhumnya dan ana dengar pada guru ana ustaz azmi bin ahmad,,yaitu(beragamalah seperti orang tua2).jadilah ulama seperti ulma terdahulu,,dr segi percakapannya,,pakaiannya,,,akhlaknya dan lain22,,selalu dimimpikan rasulullah ,,Kita yang sekarang mendakwa diri kita ikut quran dan hadis ni,,kalau betullah,,Tanya la diri tu,,,kalau betul2 pegang,,semestinya hafaz dan amal,,tapi sekarang lain pulak,,hafalnya tak seberapa,,,pakaian,,tak macam ulama hadis pun,,ketayap pun x de,,betul ke kita ikut quran dan hadis???memnag kita ikut quran dan hadis,,tapi nak memahamkan keduanya memerlukan ilmu2 yang banyak,,ikutlah tafsiran ulama,,kanselamat,,drpd tafsiran diri sendiri yang byk lagi nafsu jahat,,hehe,,sekadar untuk renungan bersama,,muhasabah diri tu,,ikuttilah ulama ahli sunnah wal jammah yang haq,,jangan ikut pak wahab dng pak syiah dah le ,,wallahuallam.....

Saturday, February 5, 2011

KELEBIHAN BERZIKIR,,ALLAH,ALLAH,ALLAH

Junjungan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Kemudian para sahabat bertanya, “Apakah itu wahai Rasul?” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi).
Nabi panutan kita telah bersabda lagi yang bermaksud:
Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Bersabda lagi Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w.:
Zikir yang paling baik ialah kalimah لا إله إلا الله” (Hadith Riwayat al-Tirmidhi).
Bahawasanya seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya syari’at Islam sudah banyak saya terima, maka terangkanlah kepada saya sesuatu yang mudah dikerjakan. Nabi menjawab: Hendaklah lidahmu basah dengan zikir Allah.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak berkumpul sesuatu kumpulan dalam rangka berzikir kepada Allah melainkan memeluk akan mereka itu malaikat-malaikat, dilindungi atas mereka rahmat, dan turun ke atas mereka ketenangan dan mereka dingat akan Allah Ta’ala di hadapan makhluk yang banyak pada sisiNya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Berkata Ibnu Ata’illah al-Sakandari di dalam kitab al-Hikamnya:


Janganlah engkau meninggalkan zikir kerana semata-mata engkau belum benar-benar ingat kepada Allah sewaktu berzikir, sebab kelalaianmu kepada Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalainmu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Semoga Allah menaikkan darjatmu melalui zikir yang kamu lakukan dengan lalai, kepada zikir yang penuh sedar kepada Allah. Kemudian ia meningkat pula kepada zikir yang penuh sedar serta ingat kepada Allah kepada zikir yang disertai rasa hadir. Selepas itu ia terus meningkat daripada zikir yang disertai rasa hadir kepada martabat zikir sehingga lupa terhadap sesuatu selain Allah. Hal yang demikian adalah tidak sukar bagi Allah.”
Semoga kita dapat mencapai martabat zikir yang terakhir itu.

Friday, February 4, 2011

KELEBIHAN DAN DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

MAULIDURRASUL DENGAN DALIL-DALIL YANG NYATA.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekelian…
Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat dengannya, amin…!
DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMA’ AHLI SUNNAH.
1. Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:
“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”
(Surah Al-A’araf, ayat 157).
2. Firman Allah Taala, : “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )
Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (Sya’airallah ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.
3. Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab keatas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan bahawa:
i) Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri.
ii) Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi s.a.w, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” ( Riwayat Muslim dan lainnya )
iii) Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari Isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.

4. Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari di mana Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.
Diambil pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana , sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan lain-lain.

Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )
FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.”
( Al-Anbiyaa’:107 )
5. Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ).
Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)
KESIMPULAN
i) Menyambut hari kelahiran Rasulullah disabitkan dengan dalil-dalil syara’.
ii) Disunatkan memperingati maulidurrasul pada bila-bila masa, terlebih utama
lagi sempena hari kelahirannya.
iii) Membesarkan Nabi bersempena hari kelahirannya yang merupakan salah satu
hari kebesaran Islam.
iv) Menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas sebesar-besar nikmat dan
rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan
kebaikan.
v) Menyambut hari kebesaran ini membawa kepada mencintai nabi dan mencintai Allah.
vi) Mendapat ganjaran yang besar di dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. 
Orang yang pertama merayakan Maulid ialah Sultan Ibnu Malik Al-Muzzaffar, seorang wali Allah, raja yang adil, warak , zuhud dan alim. Menghadiri Majlis Maulidnya ulama’-ulama’ muktabar dan orang-orang salih dengan ketiadaan mengingkarinya , sehinggakan ulama’ besar yang bernama Assyeikh Abu Khatab Ibnu Dihyah telah mengarang bagi sultan itu, kitab Antanwir membicarakan tentang amalan Maulid. ( Lihat Al-Hawi Lil Fatawi bagi Sayuti ).

Berkata Assakhawi, “Sesungguhnya amalan Maulid berlaku kemudian daripada kurun ketiga iaitu tiga ratus tahun daripada Hijrah, selepas itu sentiasalah umat Islam pada setiap negeri mengamalkannya…….”

Oleh itu, amalan Maulidurrasul ini adalah ijmak muslimin yang tidak diengkari bahkan disokongi oleh ulama’ Ahli Sunnah sejak pertama kali diadakan hingga sekarang. Tidak berhimpun ulama’ dan seluruh muslimin yang sempurna imannya pada kesesatan. Sabda Nabi, “Tidak berhimpun umatku diatas kesesatan.” Sabdanya lagi, “Sesuatu perkara yang dipandang baik oleh muslimin maka ianya di sisi Allah adalah kebaikan.”
DALIL SATU PERSATU AMALAN YANG DILAKUKAN DIDALAM MAULID.
BERHIMPUN DENGAN BERTILAWAH AL-QURAN, BERZIKIR, BERSELAWAT, MEMBACA KISAH NABI DAN MENGADAKAN JAMUAN
1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Bersabda Rasulullah; Tidak berhimpun suatu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah , lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut tentang mereka dikalangan nabi dan malaikat di sisi-Nya .” ( Sahih Muslim ).
2) Bersabda Nabi s.a.w., “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”
3) Firman Allah ta’ala, “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau di dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud:120)
4) Meriwayat Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda, “ Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-Iraqi, “ Hadis ini sahih sanadnya .”
Meriwayat Turmizi , bahawa sahabat-sahabat nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan zikir, melainkan selepas menikmati jamuan.
SUNAT BERDIRI KETIKA DIBACAKAN KISAH KELAHIRAN BAGINDA S.A.W.
Disunatkan berdiri ketika dibaca kisah kelahiran Nabi s.a.w. kerana perbuatan berdiri menunjukkan di atas membesarkan baginda, termasuk di dalam nas al-Quran yang kami sebutkan dahulu. Telah berdiri Imam Subki bersama-sama orang ramai di Majlis Maulid ketika kisah kelahiran baginda dibacakan. Ulama’ Ahli Sunnah mengatakan sunat dan elok perbuatan ini.
Cara membesar dan memuliakan Nabi s.a.w. semasa hayat baginda atau wafatnya, samada dengan hati atau lisan seperti berselawat, puji-pujian atau dengan perbuatan iaitu berdiri. Telah disepakati pada adat orang ramai bahawa berdiri itu bertujuan membesarkan seseorang.
Adapun Fatwa al-Allamah Imam Abu Saud yang mengkafirkan mereka yang tidak berdiri ketika orang ramai berdiri pada Majlis Maulid , sekiranya mereka meninggalkan berdiri kerana menghinakan Nabi s.a.w. atau mengingkari hukum membesarkan baginda.
Berkata Imam Nawawi, “Disunatkan berdiri kepada orang yang hadir iaitu daripada ahli kelebihan dan kemuliaan, sesungguhnya datang hadis-hadis sebagai hujah padanya…….”
1) Diriwayatkan daripada Said al-Khudri, Nabi bersabda, “ Berdirilah kamu kepada penghulu kamu” ( iaitu Saad Ibnu Muaz yang hadir kepada sahabat ), lalu ia datang dan duduk kepada Rasulullah. ( Riwayat Abu Daud ).

Perbuatan berdiri dalam hadis ini adalah kerana memuliakan Saad, bukan kerana hendak menurunkan Saad yang sakit daripada tunggangannya. Jika berdiri kepada Saad disebabkan keuzurannya , nescaya nabi berkata dengan lafaz, “Berdirilah kepada orang yang sakit daripada kamu”, dan tidaklah perlu nabi menyuruh sekalian sahabat bahkan memadai seorang dua shaja bagi memapahnya.
2) Mengeluar Abu Daud daripada Abu Hurairah, “Adalah nabi bercakap dengan kami, apabila baginda berdiri, lalu kami pun berdiri kepadanya hingga kami melihat ia memasuki rumahnya.”
Adapun berdiri yang dilarang dalam beberapa hadis, adalah berdiri yang lahir daripada sifat takabbur atau larangan itu kerana tawaduk nabi. Disunatkan berdiri tersebut semata-mata kerana perbuatan berdiri termasuk daripada membesarkan nabi, samada hadir Roh Nabi di dalam Majlis Maulid ataupun tidak. Ketahuilah ! Roh Nabi dan orang mukmin boleh pergi ke mana sahaja yang dikehendakinya dan harus dapat berjumpa dan melihatnya.
i) Sabit pada hadis sahih bahawa berhimpun nabi s.a.w dengan para nabi di Baitul Maqdis dan di langit pada kisah Isra’ dan Mikraj.
ii) Daripada Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w melihat Nabi Musa dan Nabi Yunus menunaikan haji sambil mengucapkan ‘talbiah’.
iii) Didalam Sahih Bukhari, bahawa sesetengah sahabat dilihat bersembahyang di dalam masjid selepas meninggal dunia.
iv) Daripada Abu Hurairah, Nabi Bersabda, “Sesiapa melihatku didalam mimpinya, nescaya ia akan melihat aku ketika jaga ( tidak bermimpi ) dan syaitan tidak boleh berupa dengan rupaku.” ( Bukhari dan Muslim )
Berkata Imam Sayuti, “Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka bumi dan alam malakut….”

Meriwayat Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Abi Dunia daripada Salman Al-Farisi, “Bahawa roh orang mukmin berada di barzah di dalam dunia, boleh pergi ke mana-mana yang dikehendakinya.” 
SUNAT MEMUJI NABI DENGAN SYAIR
Allah ta’ala memuji penyair-penyair yang beriman dan mengasingkan mereka daripada kumpulan penyair yang dicela dengan firmanNya :
1) “…..Melainkan penyair-penyair yang beriman dan beramal salih serta banyak menyebut Allah………” (Assyua’ra:227)

Telah mentafsir Imam an-Nasafi, “Berzikir mengingati Allah dan bertilawah al-Quran adalah menjadi kebiasaan bagi mereka daripada bersyair. Apabila mereka menyampaikan syair , mereka bersyair pada mentauhid dan memuji Allah, tentang ilmu, peringatan, zuhud, budi pekerti, memuji Rasulullah dan sahabat serta orang-orang salih dan seumpamanya.”
2) Mengeluar Bukhari di dalam `Al-Adab Al-Mufrad’ dan Thabarani di dalam `Al-Ausath’ daripada hadis marfu’ Abdullah Ibnu Omar, “Syair itu menempati percakapan, maka syair yang baik seperti percakapan yang baik dan syair yang keji seperti percakapan yang keji..”
3) Meriwayat Thabarani, bahawa ketika Nabi s.a.w. memasuki Madinah sekembalinya daripada perang Tabuk, berkata Ibnu Abbas, “Ya Rasulullah ! Adakah memberi keizinan kepada aku memuji engkau ? Bersabda Nabi, “Katakanlah ! Tidak akan mensadur Allah mulut engkau,” lalu ia memuji baginda dengan qasidah syair…..

Menyebut Mawardi di dalam al-Hawi dan Ruyani di dalam al-Bahri, bahawa syair terbahagi kepada ; haram, harus dan sunat. Syair yang disunatkan itu dua bahagian. Pertama, syair yang menakuti dan memperingati huru-hara akhirat. Kedua, syair yang menekankan budi pekerti yang baik. Di antara syair yang disunatkan ialah memuji para nabi, sahabat, ahli taqwa dan seumpamanya.

Adapun hadis yang berbunyi, “Janganlah kamu memuji aku sebagaimana orang Nasrani memuji Isa Ibnu Maryam,” dilarang memuji sehingga menganggap nabi sebagai anak tuhan atau tuhan.
Firman Allah ta’ala, “ Berkata orang Nasrani, Isa itu anak tuhan.”( At-Taubah:30 ) FirmanNya, “Sesungguhnya menjadi kafir mereka (Nasrani) yang berkata bahawa Allah, tuhan yang ketiga daripada tiga tuhan.” (al-Maidah:73)

Tidak menjadi kesalahan mengagungkan Nabi s.a.w. dengan melampau-lampau selagi tidak menganggapnya sebagai tuhan, kerana sabit dengan hadis-hadis sahih, di antaranya :
Meriwayat Bukhari bahawa Urwah ibnu Mas’ud as-Saqafi menghadiri kepada Nabi s.a.w. di dalam Perjanjian Hudaibiyah . Sekembali Urwah kepada kaumnya lalu berkata, “…tidak pernah aku melihat seorang pun yang mengagungkan seseorang sebagaimana sahabat Muhammad mengagungkannya. Tidaklah Muhammad berludah satu ludahan, melainkan menyambut sahabatnya dengan tangan-tangan mereka, lalu melumurkan ke wajah mereka dan tidaklah ia berwuduk, melainkan mereka berebut-rebut kepada air wuduknya untuk mengambil barakat, sedangkan ia mengiktiraf dan tidak mengingkari perbuatan mereka itu dan mereka ( sahabat ) tidak menajamkan pandangan kepadanya.”

Telah ijmak ulama’ pada harus berseru meminta pertolongan dan bertawasul dengan mengambil barakat Nabi s.a.w. Meriwayat Baihaqi dengan sanad yang sahih, daripada Malik addar , berkata, “ Telah menimpa musibah kemarau pada orang ramai di zaman Umar al-Khatab, lalu datang seorang lelaki ( Bilal Ibnu Haris al-Muzani ) ke kubur Nabi s.a.w. dan berseru, “ Ya Rasulullah ! Mintalah supaya diturunkan hujan bagi umatmu kerana sesungguhnya mereka itu sedang binasa.” Lalu hadir rasulullah di dalam mimpinya dan baginda berkata, “Pergilah kepada Umar dan sampaikan salamku kepadanya…..”. 
Dalam hadis ini , lelaki berkenaan telah memberitahu kepada saidina Umar tentang kisah tersebut, akan tetapi saidina Umar dan sahabat-sahabat yang lain tidak mengingkari perbuatan lelaki itu.

Berkata as-Subki, “ Elok bertawasul dan berseru meminta pertolongan dengan Nabi sebagai perantaraan kepada tuhannya. Tidak seorangpun daripada Salaf dan Khalaf mengingkarinya, sehingga datang Ibnu Taimiyah mengingkari serta menyimpang daripada jalan yang sebenar lalu menghukum bid’ah perkara yang tidak dikatakan bid’ah oleh seorang alim sebelumnya, dan jadilah membid’ahkannya itu, sebagai perkara yang menakut-nakutkan umat Islam daripada mengerjakannya.”
TARIKH KELAHIRAN NABI S.A.W.
Telah berlaku perselisihan Ulama’ pada menentukan tarikh kelahiran Nabi s.a.w. kepada tujuh pendapat. Pendapat yang terlebih masyhur daripadanya :-
1) Hari kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal iaitu pendapat Mohd Ibnu Ishaq Naisaburi dan lainnya. Berkata Ibnu Katsir, “Pendapat ini masyhur di sisi kebanyakkan ulama’ dan dipegangi oleh ahli Makkah sejak dahulu hingga sekarang pada waktu menziarahi tempat kelahiran Nabi s.a.w. Mendakwa Ibnu Jauzi dan Ibnu Jazar dengan ijmak , iaitu ijmak kebanyakkan atau ijmak perbuatan, kerana salaf dan khalaf bersepakat atas amalan Maulid dan menamakan hari kelahiran baginda pada hari tersebut di setiap negeri, sehinggakan di Makkah, tempat kelahirannya…”
2) Berkata kebanyakan Imam-Imam yang menghafal hadis iaitu ulama’ yang terdahulu dan lainnya, bahawa ianya hari kelapan Rabiulawal.
Berkata Syeikh Yusuf Ibnu Ismail Annabhani, “Tetapi, pendapat yang pertama itu masyhur di sisi jumhur ulama’ dan ianya pendapat yang sahih, yang mana dipegangi oleh ulama’ salaf dan khalaf, maka diatas pendapat inilah yang dipegangi.”
Wallahua’lam … 
Dikeluarkan Oleh:

Pelajar Pondok Pasir Tumbuh,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Tarikh: 31 Mei 2001 bersamaan
8 Rabiul Awwal 1422 H.
(CINTA PADA NABI,,MAKA SAMBUTLAH MAULIDNYA,,KALAU NAK BIDAAHKAN,,BIDAHKAN DULU YANG DOK SAMBUT HARI JADI,,,SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SAMBUTLAH SESUAI DGN SYARAK DAN ADAB,,,SALAM RINDU KAMI BUAT PENGHULU NABI MUHAMMAD S.A.W,,KU YAKIN DIKAU MENDENGAR SERUAN KAMI,,,YA ALLAH,,YA RASULULLAH,,SYAFAATKAN KAMI DI SANA NANTI,,KAMI INGIN MENDAKAP DAN MENCIUMMU WAHAI NABIYUALLAH,,,,,,SALAM RINDU BUAT AL ARIFBILLAH SHEIKH ALI ABDUL QADIR AL AHMADI AN NAQSHABANDI DAN SALAM RINDU BUAT SHEIKH ABDUL RAOF AL BAHANJIE AL ALEEY AN NAQSHABANDI) DOAKAN KAMI YA SHEIKH,,,,KAMI RINDU AJARAN DAN TARBIYYAHMU,,SEMOGA DALAM PERJALANAN KE SYRIA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH,,,,,,ALLAH HU,,,ALLAH HAQ,,AMIN YA MUJIB.