Wednesday, December 15, 2010

DALIL DALIL SERBAN


daripada hadis-hadisSahih,Hasan dan Dho'if .

1. Saiyidina Amr bin Umaiyah ad-Damri R.A meriwayatkan“Aku lihat Nabi S.A.W. membuat “masah”(sapuan ke atas sarung kakinya dan serban).
(Al-Bukhari jilid 1 m.s 33)

2.Saiyidina Mughirah Ibn Syu'bah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melakukan wuduk dan melakukan masah di bahagian hadapan kepala dan juga ke atas serban dan sarung kakinya (khuuf).
(Muslim Jilid 1, m.s. 23)
3.Huraith R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. berkhutbah kepada orang ramai. Ketika itu Baginda memakai serban hitam.
(Muslim Jilid 1, m.s. 439. Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s. 233)


4.Di dalam riwayat yang lain, diriwayatkan : “Aku melihat Nabi S.A.W memakai serban hitam.”
(Syamail Tirmizi m.s 8, Ibn Majah m.s. 256)
5. Saiyidina Jabir R.A meriwayatkan bahawa pada masa Futuh Makkah (Pembukaan Mekah), Nabi S.A.W memasuki Mekah memakai serban hitam.
(Muslim Jilid 1, m.s. 439, Tirmizi Jilid 1, m.s. 304, Ibn Majah m.s. 256)
6. Juga diriwayatkan daripada Saiyidina Ibn Umar R.A bahawa pada masa Futuh Makkah, Nabi S.A.W memasuki nya dengan memakai serban hitam.
(Ibn Majah m.s. 256, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 237)
7. Saiyidina Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa semasa sakit, sebelum kewafatannya, Nabi S.A.W bersabda kepada para sahabat R.A sedang Baginda memakai serban hitam.

8. Saiyidina Abu Said Al-Khudri R.A meriwayatkan : “Menjadi amalan Nabi S.A.W. bahawa bilamana sahaja Baginda memakai pakaian baru, pertamanya Baginda akan memberi nama kepadanya yakni serban, gamis (kurta) atau jubah (cadar atau kain tutupan badan). Kemudian Baginda akan berdoa: “Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas pakaian ini yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikkan dan kebaikkan yang mana ia dibuatkan. Aku berlindung kepadaMu daripada yang haram daripadanya dan kejahatan yang diciptakan daripadanya.
(Tirmizi Jilid 1, m.s 306, Mustadrak Jilid 4, m.s. 192)
9. Saiyidina Anas R.A meriwayatkan, “Aku melihat Rasullah S.A.W berwuduk. Baginda memakai serban “Qitri”. Apabila melakukan masah ke kepala, tanpa merungkai serban, Baginda memasukkan tangannya di bawah serban lalu membuat masah (sapuan) dibahagian depan kepala.
(Abu Daud m.s 19) .

“Qitri” ialah jenis kain kasar lagi tebal yang mempunyai unsur-unsur kemerah- merahan di dalamnya. Mungkin ini dikaitkan dengan tempat “Qatar”. Daripada riwayat ini membolehkan memakai serban merah juga dapat disahkan.
(Bazlul Majhud Jilid 1, m.s 89)

10. Saiyidina Abdur Rahman Sulami berkata : “Aku melihat Saiyidina Abdul Rahman Auf R.A bertanya kepada Saiyidina Bilal R.A mengenai wuduk Rasullah S.A.W. Saiyidina Bilal R.A menerangkan : “Bilamana Rasulullah S.A.W ingin untuk berwuduk, aku membawa air untuknya. Semasa berwuduk Baginda akan menyapu tangannya ke atas serban dan juga tepi matanya”.
(Abu Daud Jilid 1, m.s. 21)
11. Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)
12. Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.
Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)

13. Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kea rah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.
14.
 Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S (Ibid)
15. Saiyidina Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)
16.Ubaidullah (salah seorang periwayat hadis ini) berkata bahawa beliau melihat Qasim dan Salim juga melakukan begitu.
(Tirmizi Jilid 1, m.s 304)
17. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanykkan para Malaikat berserban”.
18. Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.
19.
 Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya edngan cara di mana satu ekor serbannya bejuntai di belakang dan satu lagi di depan.
20.
 Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.
21.
 Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.
22. Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang. (Abu Daud m.s. 564 (Salah seorang daripada periwayat ini majhul-tidak dikenali)).

23. Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)

24. Hadis di atas juga telah diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A (Tabrani telah meriwayatkan hadis ini. Walau bagaimanapun, menurut Darut-Qutni, salah seorang periwayatnya majhul (tidak dikenali).
(Majmauz –Zawaid Jilid 5, m.s 123)
25. Hadis ini (hadis 22) juga telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ibn Abbas R.A. walau bagaimanapun sanadnya lemah .
Maqasid Hasanah m.s 466)
26. Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)
27. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)

28. Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)

29. Abdullah bin Bishr meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W mengutus Saiyidina Ali R.A ke medan (perang) Khaybar, Baginda melilit serban hitam untuknya, menjadikan ekor serban berjuntai dari belakang mengarah ke bahu kiri. Abdul Aala bin Adi berkata bahawa pada masa “Gadir Khum”,apabila Nabi memanggil Saiyidina Ali R.A lalu melilit serban untuknya, ekornya berjuntai daripada belakang dan berkata lilitlah serban-serban kamu begini, kerana serban adalah tanda (syiar) Islam dan sebagai faktor yang membezakan daripada musyrik (orang-orang yang mempersekutukan Allah).

(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 308 daripada Ma’rifatus Sahabah, Abu Nuaim)

1 comment:

  1. Dy macam serban sikh aku tengok. Cuba tgk tok arab kt timur tengah sana. Ada dorang pakai macam korang pakai ker..yang pasti kalau satu kan koramg ngan imam syiah kat iran memang ada harapan dapat nikah mutaah..silap2 tersasul orang panggil imam gak..

    ReplyDelete