Monday, December 27, 2010

GURUKU,,KAMI DATANG PADAMU

ASSALAMUALAIKUM,,,



insyallah ,,pada pukul 4.30 am pagi sebelum fajar akan kami bertolak ke sana,,wahai guruku,,kami dtg padamu,,ajarkanlah kami hikmah dlm berjalan kpd allah,,,,kami amat menyanyangi kalian,,,tunjukan kami kunci pembukaan hati utk kami diredhai allah dan rasulnya muhammad s.a.w,,allah,,allah,allah,,mudahkanlah perjalanan kami,,,,ya allah,,ya allah,,,,,,,

Sunday, December 26, 2010

ROMBONGAN PELAJAR KISDAR KE PONDOK TAMPIN

ASSALAMUALAIKUM





INSYAALLAH,,PELAJAR KISDAR SERAIMAI 10 ORANG AKAN MEMULAKAN PERJALANAN PADA ESOK HARI YAKNI HARI SELASA,,KAMI MEMOHON KPD ALLAH DGN BERKAT NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PARA AULIYA DAN BERKAT SHEIKH ABDUL RAOF DAN SYEIKH ALEEY YG DIANUGERAHI ALLAH AGAR PERJALANAN PENUH SELESA DAN SELAMAT SAMPAI,,KAMI BERHARAP PARA PENGUNJUNG,,DOAKANLAH KAMI YG FAQIR INI AGAR PERJALANAN SELAMAT TIBA DGN PENUH SELESA DAN NIKMAT DR ALLAH,,,,,,,,

Thursday, December 23, 2010

REHLAH KE PONDOK TAMPIN

ASSALAMUALAIKUM
insyallah kami akan bertolak ke pondok tampin pada hari selasa atau isni,,,,sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saudara imran (IBNU RADZI AL GERIKI) untuk maklumat lanjut,,wassalam

Wednesday, December 22, 2010

Mengingat Tuhan Di Waktu Senang
Saudara-saudara kaum muslimin.
Terlalu pandai manusia memuji-muji Allah, mengingat dan menyebut-nyebut kebesaran-Nya di waktu mereka sedang tersepit, sedang dalam kesukaran dan malapetaka. Panjang lebar doa permohonannya, bermacam-macam puji-pujian yang diucapkannya, buat meminta kepada Allah, supaya mereka dilepaskan dari kesusahannya. Padahal semalam atau sebelumnya, mereka lupa kepada Tuhan, tak kenal Tuhan, tak pernah memuji-muji Tuhan, apa lagi menyembah-Nya, kerana waktu itu mereka hidup sihat dan mewah, gagah dan berkecukupan, bermandi dalam lautan kesenangan dan kegembiraan.
Manusia yang begini sifatnya, disindir oleh Allah dalam firman-Nya:(surah Haa mim as sajdah ayat 51)
Ertinya: “Dan apabila Kami kurniakan nikmat kesenangan kepada manusia, lalu ia berpaling dan menjauhkan diri daripada Aku. Tetapi apabila dia ditimpa kesusahan lalu ia berdoa panjang lebar.”
Sikap ini adalah sikap orang yang sombong dan takbur, sikap orang yang curang dan tidak jujur, tidak ikhlas, munafik, penderhaka, dan sikap orang yang jiwanya kotor. Dengan sikap curang ini dapatkah manusia terlepas dari kesusahannya? Sikap curang tidak dapat melepaskan manusia dari kesusahannya. Boleh jadi dia terlepas dari satu kesusahan, tetapi lain kesusahan akan menimpa lagi, sehingga kesusahan itu sebagai benang kusut yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Lihatlah contohnya diri Firaun. Waktu Firaun hidup dan besar kekuasaannya, ia mempermainkan agama Allah, menghina utusan Allah dan mengaku menjadi Tuhan. Setelah tuhan turunkan azab atasnya, barulah ia mahu taubat, tetapi sudah terlambat, terlambat dan terlambat, laksana nasi sudah menjadi bubur, kerana lebih dahulu sudah disampaikan peringatan Allah, bahkan sudah dikirimkan beberapa ujian.
(Surah Yunus ayat 91)
Ertinya: “Sekarangkah engkau baru mahu beriman, padahal dahulunya engkau derhaka dan daripada orang-orang yang membuat kerosakan?”
Saudara-saudara kaum muslimin.
Orang yang dapat kelepasan dari kesusahannya ialah yang waktu dalam kesenangan ia mengingat dan mendekati Allah, ia mengenal dan mensyukuri nikmat-Nya, ia puji dan menyembah-Nya. Maka kalau ia ditimpa kesusahan, nescaya lekas benar Allah berikan pertolongan kepada-Nya, dan dilepaskan dari kesusahannya. Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w.:
Ertinya: “Berkenalanlah kepada Allah di waktu lapang (senang) nescaya Allah balas kenal kepadamu di waktu susah.” -( Abul Qoosim bin Busyraan)
Contohnya seperti Nabi Yunus a.s. Ia telah dilemparkan ke dalam lautan, lalu ditangkap oleh seekor ikan yu yang sangat besar. Kemudian dilemparkannya di tepi laut. Kalau tidak kerana dahulunya ia mengenal dan Mengingat Allah, nescaya ia berada di perut ikan yu sampai hari kiamat, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah:
(As Shoofat ayat 143-144)
Ertinya: “Kalau sekiranya dahulunya Nabi Allah Yunus tidak banyak memuji-muji Tuhan, nescaya ia tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kiamat.”
Dua contoh dari dua orang itu, baik benar dijadikan pelajaran. Kedua-duanya sama mendapat bahaya kesusahan di lautan. Yang satu Nabi Yunus telah ditolong oleh Tuhannya, kerana dahulunya di waktu sihat dan kuat, wakyu lapang dan senang ia selalu mengingat dan memuji Allah, ia tunduk dan menyembah Allah. Sedang yang satu lagi ialah Firaun, ditenggelamkan dan dibinasakan terus, segala permintaannya dan pengakuannya ditolak oleh Allah, kerana dahulunya diwaktu ia gagah dan berkuasa, waktu hidup mewah dan senang, ia lupa kepada Allah, ia ingkar dan ia musuhi utusan Allah, dan ia tolak agama Allah.
Mudah-mudahan Allah teguhkan iman kita supaya kita tetap memuji dan menyembah-Nya di waktu susah dan di waktu senang. Amin Allahumma Amin…

(al A'raf ayat 69)
Ertinya: “Maka hendaklah kamu mengingat nikmat Allah supaya kamu beruntung.”

Saturday, December 18, 2010

Peringatan khusus buat para-para Imam
seorang  khalifah yang digelar sebagai imam perlulah lengkap pada dirinya akan syarat yang berikut.
-       Perkemaskan tauhid.
-       Perkemaskan ilmunya.
-       Mesti rajin beramal.
-       Ikhlas dalam laksana tugas.
-       Amanah dengan perintah Allah s.w.t ,serta setiap perkara yg soleh.
-       Tegas dalam kebenaran.
-       Sabar dengan karenah org ramai.
-       Berakhlak mulia dalam kehidupan sehari-hari.
-       Gemar pada amal kebaikan & jgn ia gemar pada amal mungkar.
-       Tawadhuk merendah diri.
-       Zuhud,(hatinya tidak berpaut pada dunia.)
-       Bersih jiwa rohaninya,pakaiannya,rumahnya.
-       Tepat pegang janji.
-       Bijaksana dalam jalankan dakwah hendaklah berhikmah.

Diambil dari kata2 tuan guru hj Badaruddin .

Wednesday, December 15, 2010

DALIL DALIL SERBAN


daripada hadis-hadisSahih,Hasan dan Dho'if .

1. Saiyidina Amr bin Umaiyah ad-Damri R.A meriwayatkan“Aku lihat Nabi S.A.W. membuat “masah”(sapuan ke atas sarung kakinya dan serban).
(Al-Bukhari jilid 1 m.s 33)

2.Saiyidina Mughirah Ibn Syu'bah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melakukan wuduk dan melakukan masah di bahagian hadapan kepala dan juga ke atas serban dan sarung kakinya (khuuf).
(Muslim Jilid 1, m.s. 23)
3.Huraith R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. berkhutbah kepada orang ramai. Ketika itu Baginda memakai serban hitam.
(Muslim Jilid 1, m.s. 439. Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s. 233)


4.Di dalam riwayat yang lain, diriwayatkan : “Aku melihat Nabi S.A.W memakai serban hitam.”
(Syamail Tirmizi m.s 8, Ibn Majah m.s. 256)
5. Saiyidina Jabir R.A meriwayatkan bahawa pada masa Futuh Makkah (Pembukaan Mekah), Nabi S.A.W memasuki Mekah memakai serban hitam.
(Muslim Jilid 1, m.s. 439, Tirmizi Jilid 1, m.s. 304, Ibn Majah m.s. 256)
6. Juga diriwayatkan daripada Saiyidina Ibn Umar R.A bahawa pada masa Futuh Makkah, Nabi S.A.W memasuki nya dengan memakai serban hitam.
(Ibn Majah m.s. 256, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 237)
7. Saiyidina Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa semasa sakit, sebelum kewafatannya, Nabi S.A.W bersabda kepada para sahabat R.A sedang Baginda memakai serban hitam.

8. Saiyidina Abu Said Al-Khudri R.A meriwayatkan : “Menjadi amalan Nabi S.A.W. bahawa bilamana sahaja Baginda memakai pakaian baru, pertamanya Baginda akan memberi nama kepadanya yakni serban, gamis (kurta) atau jubah (cadar atau kain tutupan badan). Kemudian Baginda akan berdoa: “Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas pakaian ini yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikkan dan kebaikkan yang mana ia dibuatkan. Aku berlindung kepadaMu daripada yang haram daripadanya dan kejahatan yang diciptakan daripadanya.
(Tirmizi Jilid 1, m.s 306, Mustadrak Jilid 4, m.s. 192)
9. Saiyidina Anas R.A meriwayatkan, “Aku melihat Rasullah S.A.W berwuduk. Baginda memakai serban “Qitri”. Apabila melakukan masah ke kepala, tanpa merungkai serban, Baginda memasukkan tangannya di bawah serban lalu membuat masah (sapuan) dibahagian depan kepala.
(Abu Daud m.s 19) .

“Qitri” ialah jenis kain kasar lagi tebal yang mempunyai unsur-unsur kemerah- merahan di dalamnya. Mungkin ini dikaitkan dengan tempat “Qatar”. Daripada riwayat ini membolehkan memakai serban merah juga dapat disahkan.
(Bazlul Majhud Jilid 1, m.s 89)

10. Saiyidina Abdur Rahman Sulami berkata : “Aku melihat Saiyidina Abdul Rahman Auf R.A bertanya kepada Saiyidina Bilal R.A mengenai wuduk Rasullah S.A.W. Saiyidina Bilal R.A menerangkan : “Bilamana Rasulullah S.A.W ingin untuk berwuduk, aku membawa air untuknya. Semasa berwuduk Baginda akan menyapu tangannya ke atas serban dan juga tepi matanya”.
(Abu Daud Jilid 1, m.s. 21)
11. Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)
12. Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.
Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)

13. Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kea rah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.
14.
 Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S (Ibid)
15. Saiyidina Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)
16.Ubaidullah (salah seorang periwayat hadis ini) berkata bahawa beliau melihat Qasim dan Salim juga melakukan begitu.
(Tirmizi Jilid 1, m.s 304)
17. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanykkan para Malaikat berserban”.
18. Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.
19.
 Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya edngan cara di mana satu ekor serbannya bejuntai di belakang dan satu lagi di depan.
20.
 Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.
21.
 Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.
22. Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang. (Abu Daud m.s. 564 (Salah seorang daripada periwayat ini majhul-tidak dikenali)).

23. Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)

24. Hadis di atas juga telah diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A (Tabrani telah meriwayatkan hadis ini. Walau bagaimanapun, menurut Darut-Qutni, salah seorang periwayatnya majhul (tidak dikenali).
(Majmauz –Zawaid Jilid 5, m.s 123)
25. Hadis ini (hadis 22) juga telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ibn Abbas R.A. walau bagaimanapun sanadnya lemah .
Maqasid Hasanah m.s 466)
26. Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)
27. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)

28. Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)

29. Abdullah bin Bishr meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W mengutus Saiyidina Ali R.A ke medan (perang) Khaybar, Baginda melilit serban hitam untuknya, menjadikan ekor serban berjuntai dari belakang mengarah ke bahu kiri. Abdul Aala bin Adi berkata bahawa pada masa “Gadir Khum”,apabila Nabi memanggil Saiyidina Ali R.A lalu melilit serban untuknya, ekornya berjuntai daripada belakang dan berkata lilitlah serban-serban kamu begini, kerana serban adalah tanda (syiar) Islam dan sebagai faktor yang membezakan daripada musyrik (orang-orang yang mempersekutukan Allah).

(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 308 daripada Ma’rifatus Sahabah, Abu Nuaim)
ZIKIR KUAT SELEPAS SEMBAHYANG.

أخرج الشيخان عن ابن عباس قال : ان رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبى

قال ابن عباس كنت أعلم اذا انصرفوا بذلك اذا سمعته

{Dari Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya meninggikan suara dengan zikir ketika berpaling (selesai) manusia dari sembahyang maktubah (fardhu yang lima) telah berlaku semenjak masa Nabi s.a.w . Berkata Ibnu Abbas r.a: Daku tahu para sahabat telah selesai sembahyang bila aku mendengarinya ( iaitu zikir kuat)}.
-riwayat al-bukhari dan muslim.

Tuesday, December 14, 2010

Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Harus Bertawassul

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam Dia yang mencipta makhlukNya dari tiada kepada ada Dia yang tidak memerlukan kepada makhlukNya. Dia yang mencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga serta sahabat baginda. Amma ba’du:

Makna tawassul ialah memohon sesuatu daripada Allah Taala dengan menyebut nama nabi atau wali (sebagai penghormatan kepada keduanya) supaya tercapai hajat atau tertolak mudarat daripada diri seseorang.
Ketahuilah bahawasanya tiada dalil yang kukuh yang menunjukkan tidak boleh bertawassul dengan para nabi dan wali sama ada pada waktu ketiadaan mereka atau selepas kewafatan mereka dengan mendakwa perbuatan ini merupakan satu ibadat kepada sesuatu selain Allah. Sesungguhnya tidak benar jika dianggap perbuatan menyeru orang yang masih hidup atau yang sudah mati sebagai suatu ibadat kepada selain Allah.

Begitu juga tidak benar sama sekali jika seseorang itu memandang syirik terhadap perbuatan memuliakan sesuatu atau meminta pertolongan kepada selain Allah atau perbuatan mengambil berkat daripada kubur para wali. Tidak boleh juga terus dihukumkan syirik terhadap perbuatan meminta sesuatu yang luar biasa, atau menyebut lafaz yang berbentuk pertolongan kepada sesuatu selain Allah, selagi si pelakunya beriktikad bahawa yang memberi manfaat dan mudarat yang sebenar hanyalah Allah Taala.

Hal ini demikian kerana melakukan perkara-perkara yang disebutkan itu tadi tidak bererti seseorang itu telah menyembah sesuatu selain daripada Allah, kerana makna ibadat di sisi ulama bahasa Arab ialah ' taat beserta tunduk kepada sesuatu dengan secara mutlak tanpa berbelah bahagi '.

Al-Azhari salah seorang ulama besar bahasa Arab telah menukilkan daripada Al-Zujaj yang juga salah seorang ulama bahasa Arab yang terkemuka di dalam kitabnya Tahzib Al-Lughat bahawa makna ibadat ialah:“ Taat beserta tunduk kepada sesuatu dengan secara mutlak ”. Makna yang sama turut dinyatakan oleh Al-Farra’ sepertimana yang disebut oleh Ibnu Manzur dalam Lisan Al-Arab.

Sebahagian ulama bahasa Arab yang lain menyatakan bahawa makna ibadat ialah: “ Tunduk dan patuh kepada sesuatu dengan penuh khusyuk ”.Ada juga yang menyatakan bahawa makna ibadat ialah merendahkan diri serendah-rendahnya sepertimana yang dapat difahami daripada kata-kata pengarang kitab Syarah Al-Qamus iaitu Murtadha Al-Zabidi. Inilah makna yang tepat bagi kalimah ibadat sama ada daripada segi bahasa mahupun ‘uruf.

Oleh yang demikian, seseorang itu tidak dikira menyembah sesuatu selain Allah semata-mata dia merendahkan dirinya kepada makhluk, Jika perbuatan merendahkan diri kepada makhluk terus dihukumkan sebagai kafir, nescaya akan dihukumkan kafir ke atas setiap orang yang merendahkan diri mereka kepada raja-raja dan para pembesar.

Sesungguhnya telah pasti (tsabit) bahawa Muaz bin Jabal apabila beliau kembali dari Syam telah bersujud kepada Rasulullah, lalu Rasulullah menyatakan:

“ Apakah yang kamu lakukan ini?. Lalu Muaz menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat ahli Syam sujud kepada para pendeta mereka dan engkau sebenarnya lebih utama untuk aku berbuat demikian. Rasulullah berkata: Jangan kamu lakukan sedemikian, jika aku diperintahkan supaya setiap manusia boleh sujud kepada manusia yang lain, nescaya akan aku perintahkan perempuan supaya sujud kepada suaminya”. (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Ibnu Majah dan juga selain mereka).

Rasulullah tidak pula menyatakan kepada Muaz: “Sesungguhnya engkau telah kafir atau engkau telah melakukan syirik ” sedangkan perbuatan sujud yang dilakukan kepada nabi merupakan salah satu tanda ketaatan yang tinggi kepada sesuatu.

Al-Thabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir dan Al-Mu’jam Al-Saghir telah mengeluarkan suatu hadis daripada Usman bin Hunaif bahawa seorang lelaki telah berulang-alik kepada Usman bin Affan tetapi Usman bin Affan tidak mengendahkan dirinya serta menunaikan hajatnya.

Maka lelaki itu telah bertemu dengan Usman bin Hunaif dan mengadu kepadanya akan hal tersebut. Lalu Usman bin Hunaif mengatakan: “Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah, kemudian hendaklah kamu sembahyang dua rakaat. Kemudian hendaklah kamu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada engkau dan aku bertawajjuh (menghadapkan diriku) kepada-Mu dengan (kedudukan) nabi kami, Nabi Muhammad, nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan bagiku. Kemudian pergilah dan aku akan pergi bersama kamu.
Maka lelaki itu pun pergi dan melakukan seperti apa yang disuruh oleh Usman bin Hunaif. Kemudian dia pun pergi kepada Usman bin Affan, disana dia disambut oleh pengawal yang membawanya masuk kepada Usman bin Affan. Usman bin Affan telah meminta lelaki itu duduk di atas hamparan yang disediakan olehnya dan bertanya kepada lelaki itu: Apakah hajat kamu?. Lelaki itupun menyatakan hajatnya kepada Usman bin Affan dan beliau pun menunaikan hajat lelaki tersebut. Usman bin Affan menyatakan: Saya tidak mengingati hajat kamu melainkan pada ketika ini. Kemudian lelaki itu keluar dari rumah Usman bin Affan dan dia telah bertemu dengan Usman bin Hunaif. Lelaki itu mengatakan: Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu. Beliau (Usman bin Affan) tidak memandang kepada hajatku dan juga tidak mempedulikan diriku sehinggalah engkau memberitahunya mengenaiku. Usman bin Hunaif berkata: Demi Allah, aku langsung tidak memberitahunya tetapi aku telah menyaksikan bahawa telah datang kepada Rasulullah seorang lelaki buta yang mengadu kepada baginda akan kehilangan penglihatannya. Maka baginda berkata: Jika engkau dapat bersabar, maka bersabarlah, dan jika engkau hendak, aku akan mendoakannya untuk engkau. Dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kehilangan penglihatanku amat menyukarkan aku kerana tiada bagi diriku orang yang memanduku. Lalu baginda berkata kepada lelaki buta itu: Pergilah ke tempat berwuduk dan berwuduklah. Kemudian hendaklah kamu bersolat dua rakaat, Selepas itu hendaklah kamu menyatakan :
Maka lelaki itu melakukan seperti apa yang diperintahkan. Demi Allah, sebelum kami berpisah dan belum pun lama majlis kami bermula, lelaki buta itu telah masuk semula kepada kami dan dia sudah boleh melihat seolah-olahnya dia tidak pernah ditimpa penyakit tersebut”. Al-Thabrani di dalam Muk’amnya berkata: Hadis ini hadis sahih.

Pada hadis ini terdapat dalil bahawa lelaki buta itu telah bertawassul dengan nabi di tempat lain (bukan di hadapan nabi) kerana Usman bin Hunaif di dalam hadis tersebut menyatakan: “Lelaki itu telah masuk semula kepada kami”. Pada hadis ini juga terdapat dalil bahawa bertawassul dengan nabi adalah harus sama ada sewaktu hayat baginda atau sesudah baginda wafat. Maka nyatalah kebatilan kata-kata Ibnu Taimiyah yang berbunyi: “Tidak boleh bertawassul melainkan dengan orang yang masih hidup dan berada di hadapan kita”. Ketahuilah bahawa setiap syarat yang tidak terdapat di dalam kitab Allah (Al-Qur’an) maka ia adalah batil sekalipun ia seratus syarat. Wallahhu a’lam.

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
KATA IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH  KU AMBIL DR BLOG TUAN GURU YG KAMI CUKUP SAYANGI SHEIKH ABDUL RAOF AL BAHANJIE,,MAKA TELITILAH

والجواب أنه ذكر الشيخ الامام ابن عبد السلام فى كتاب حل الرموز أنه قال ( الامام أبو حنيفة رحمه الله : من قال لا أعرف الله تعالى فى السمأ هو, أم فى الارض كفر . لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا. ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه) انتهى

"Bahawasanya telah menyebut Syeikh Al Imam Ibnu Abdi Salam di dalam Kitab Hall lu rumuz, bahawasa beliau berkata Al- Imam Abu Hanifah rahimullah taala berkata “ Sesiapa yg berkata aku tidak mengetahui, Allah taala di langit atau di bumi nescaya telah kafir , kerana perkataan ini memahamkan sangkaan tempat bagi Al-Haq. Dan sesesiapa yg menyangka Al- Haq itu mempunyai tempat, ia adalah Musyabbih (orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk)"

Monday, December 13, 2010

WujudNya Tidak Bertempat

I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah mensucikan Allah daripada berarah, bertempat dan terikat dengan masa. Arah, tempat dan masa adalah makhluk, maka pasti Allah tidak mengambil faedah daripada makhluk ciptaanNya. Bukankah Allah telah menjelaskan perkara ini dalam al-Quran dengan firmanNya pada surah al-'Ankabut ayat 6:

إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِين

"Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk." Yakni Allah itu sekali-kali tidak memerlukan atau tidak mengambil apa-apa faedah daripada makhluk ciptaannya. Ini adalah i'tiqad asas bagi kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, kelompok as-sawadul a'dzam daripada umat Junjungan Nabi SAW. Jika kita telaah karya-karya ulama kita, pasti kita akan berjumpa dengan kata-kata yang menunjukkan bahawa wujudnya Allah itu tidak bertempat atau dalam sesetengah kitab ulama Jawi kita tertulis "tidak mengambil bagi lapang". Maka berilah perhatian wahai segala saudara sekalian, jangan sampai aqidah kita terpesong daripada landasan yang sebenar Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kalaupun kita tidak mahu mentakwil ayat-ayat yang mutasyabbih maka sewajarnya kita serahkan pengertiannya kepada Zat yang menurunkan al-Quran. Jangan bermain-main dengan kata-kata yang boleh menimbulkan waham yang Allah itu serupa dengan makhluk dan beranggapan bahawa itulah perlakuan para salafnya umat ini.

Pehin Mufti Haji Ismail Omar Abdul Aziz rahimahUllah dalam "Ringkasan 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama`ah" pada halaman 3 dengan terang menyebut bahawa antara i'tiqad kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah:-

Sentiasalah Allah ta`ala itu Esa, tiada ada tempat bagiNya dan tiada ada zaman bagiNya. Yakni Allah ta`ala wujud dengan sendirinya sebelum ada tempat dan sebelum ada zaman itu. Dan Allah ta`ala suci dari tempat dan zaman itu.
Maka marilah kita mensucikan Allah daripada mengambil faedah daripada makhluk ciptaanNya. Sungguh Sang Pencipta itu terkaya daripada segala ciptaanNya.

Saturday, December 11, 2010


Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.

Friday, December 10, 2010

JAUHILAH GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH
 

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "
surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala'[Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] [Terbaru]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (
Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut):[Terbaru]
  • mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس[Terbaru]
  • akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
  • mempunyai mulut (الفم[Terbaru]
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini [Terbaru]
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. 
Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah [
Terbaru]
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai 'Izrail adalah bid'ah [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin
SIKAP

1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru].
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.][Terbaru].
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW [Terbaru]

ULUM HADIS

1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

ULUM QURAN

1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [
dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].[Terbaru]
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat. [Terbaru]

FIQH

1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, 
sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab [Terbaru].
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]

Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku). [Terbaru]

Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang  
ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana) [Terbaru]
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt] [Terbaru]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie. [Terbaru]

Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz 
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, 
bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam [Terbaru]
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram -
 dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib" [Terbaru]
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, 
tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!! [Terbaru]
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif." [Terbaru]
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin

Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah

Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu [Terbaru].
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula[Terbaru].
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
4. Nama "Hajar Ismail" bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1. Ramai para 
professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya][Terbaru]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."] [Terbaru]
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat. [Terbaru]

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM

1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. 
Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT

1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.